Lelaki Kongsi Gambar Misteri ‘Kumpulan Berpakaian Putih’, Bukti Dunia Lain Itu Wujud.. Ini Kisahnya

Kisah kehilangan seorang lelaki ketiak menyertai aktiviti larian iaitu Acap meamng mendapat perhatian ramai. Apatah lagi ada unsur mistik dikaitkan sama.

Acap, salah seorang peserta Gopeng Ultra Rail yang hilang sejak dua minggu lalu dikaitkan dengan pelbagai kisah mistik di kawasan kehilangannya iaitu di Bukit Putih dan Gua Tempurung.

Ada mengatakan kemungkian, dunia misteri seperti ‘bunian’ yang mengambil Acap ketika berlari di kawasan yang dilabel ‘keras’ itu.

Seorang lelaki telah tampil berkongsi kisah dan gambar miliknya yang dibuat untuk membuktikan kehadiran makhluk lain, selain apa yang dapat kita lihat secara mata kasar di dunia manusia ini. Ianya adalah alam ghaib.

Individu menggunakan nama Facebook, Shapek Sang Kai berkongsi gambar yang membuatkan ramai terkejut.

Gambar itu jelas menunjukkan seperti kelihatan sekumpulan yang memakai pakaian putih telah berkumpul di hujung sungai di sebuah kawasan air terjun.

Ramai yang mendakwa, ia seperti golongan bunian. Namun begitu, individu itu tak mahu mendedahkan tempat berkenaan kerana khuatir ramai yang akan berasa takut.

Ini pendedahan dari Shapek Sang Kain di FB:

Ini tulisnya:

“Susulan kes kehilangan acap.. Ramai yg tak percaya dan menolak pasal “dunia lain”… Nie aku share skit gambar pernah diambil tahun 2015 lau tak silap.. Lokasi dirahsiakan sbb taknak menakotkan org lain.. Mse tu kami berempat je kat sni.. Takde org lain.. Bila balik umah tgk gambar bru perasan.. Seolah ade org lain tgh ambil wuduk di hujung sungai tu..
#Kuasaallah

“Aku Share Sebab Ramai Orang Tak Tau, “Mereka” itu ada sbenarnya..

“Gambar takde edit2.. Aku tak suruh korang percaya.. Aku cme share ape pernah aku lalui..

“Gambar nie saya tak boleh pastikat tarikh sbenar dia.. Lebih kurang tahun 2015.. Atau mungkin 2014.. Gambar nie dah lame simpan dlam Samsung tab isteri, tab tu plak Jarang2 on.. Pakai mse enset personal rosak.. So tadi saya on untuk Bluetooth kat enset personal.. Tak tau tarikh tu keluar sebb data dia dah rosak atau memang tu tarikh ditangkap gambar tu.. Sy share gambar nie sbb agak mrah dengan komen2 negatif tentang kehilangan acap tu.. Ramai yg tak percaya masih wujudnya “alam lain”.. Jadi sy tunjukkan ape yg pernah saya lalui..dan gambar nie diambil HANYA KAMI BEREMPAT sahaja di kawasan berkenaan.. Waktu dri asar ke senja(dah lupa).. Jelas tak penjelasan nie..

Sumber: Shapek Sang Kai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here