Lelaki Ini Sambut Bithday Kawan Siap Check In Airbnb Berdua

Setelah19 tahun berkawan banyak pengalaman manis dan suka duka sudah dua orang sahabat ini.

Lelaki yang dikenali sebagai Wan Muhammad Izzat Wan Ruslan cukup menghargai rakan kawan baiknya itu.

Lebih mesra dengan nama Izzat, pada minggu lalu dia telah membuat kejutan sempena hari jadi ke-23 buat kawan baik sekampungnya, Mohamad Azrie Mohd Azahar.

Tular di laman Twitter dengan surprise sepasang kasut futsal itu menerima hampir 40,000 tontonan dari warga net.

Kata Izzat, dia sanggup menempuh perjalanan dari Johor ke Shah Alam, Selangor, semata-mata untuk meraikan rakannya yang digelar sebagai Yie.

“Hari lahir dia pada 11 November, tapi saya datang pada 13 November. Saya tak dapat cuti.

“Kami ni rakan sekampung dari Pengkalan Chepa, Kelantan. Walaupun berbeza umur, dia antara kawan baik saya sejak kecil.

“Banyak pengalaman suka duka kami. Antaranya mandi sungai senyap-senyap lepas balik sekolah. Sanggup baring atas jalan tar untuk keringkan baju, takut kena marah,” 

“Saya tak tahu nak bagi hadiah apa. Dia memang suka main futsal. Kasut futsal dia koyak, dah pakai dari semester satu sampai semester enam.

“Jadi saya beli untuk dia sepasang. Masa bagi tu, nampak dia cover nak nangis. Saya pun rasa sebak nak menangis.

“Dia kata terima kasih, tak jangka dapat hadiah. Dia pun dah lupa pasal hari lahir sendiri,”

“Saya share suka-suka. Nak kongsi perasaan bila bagi hadiah kat kawan. Biasa orang bagi pada kekasih.

“Saya sayang kawan saya. Tak pernah cakap depan-depan macam ni. Banyak memori kami nakal-nakal dari zaman kecil,”

Menurutnya lagi, rakan baiknya itu amat suka bermain futsal dan merupakan penuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam.

Izzat juga berkata dia sangup berhabis duit untuk kawan baiknya kerana sudah banyak yang ditempuhi oleh mereka selama ini. Izzat juga seorang juruteknik yang bekerja di Singapura.

Mereka juga telah meluangkan masa bersama-sama dengan check in di airbnb berdua dan bermain permaian PS4 bersama-sama walaupun dirinya selalu tewas.

Wahh! Bertuah dapat kawan macam ni yang selalu ingat dan membahagiakan kawan baik sendiri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here