Lelaki Ini Jadi Viral Ketika Final Piala AFF Suzuki Sebab “Cantik Sangat”

0
6663

Memiliki wajah yang amat ‘cantik’, seorang lelaki menajdi viral dan tumpuan di laman media sosial.

Lelaki bernama Abdussalam Firdaus Abdul Aziz menjadi tular apabila fotonya ketika mengambil selfie di stadium Bukit Jalil ketika final Malaysia menentang Vietnam dilabel sebagai lelaki yang amat cantik.

Anak bongsu daripada tujuh beradik itu berkongsi gambar swafotonya di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan kapsyen “bangsa final” ketika menyaksikan perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018.

Untuk pengetahuan, ‘Bangsa final’ merujuk kepada gelaran ke atas mereka yang hadir memberi sokongan terhadap skuad kebangsaan ketika perlawanan penting itu berlangsung, Selasa lalu.

Gambar selfie yang dimuat naik oleh Abdussalam Firdaus dan meraih perhatian di Twitter. Gambar tersebut kemudian diulang kicau dengan komen “lelaki paling cantik” oleh netizen.

Pemuda berusia 22 tahun itu berkata, dia sudah lali dengan tanggapan orang luar yang menyangka dia seorang perempuan kerana memiliki wajah feminin.

Dek kerana terlalu ‘cantik’, lelaki ini dicadangkan supaya menyimpan misai dan janggut untuk mengelakkan orang ramai keliru dengan jantinanya.

Cadangan itu disambut dengan jawapan lucu oleh Abdussalam Firdaus Abdul Aziz, yang berkata dia sudah cuba melakukannya, namun misai dan janggutnya tumbuh seperti ikan keli.

Abdussalam turut memberitahu bahawa pihak polis telah meminta IC miliknya untuk membuktikan dirinya wanita kerana ingin membuat pemeriksaan.

Ini jelas Abdussalam:

“Semasa saya nak masuk stadium tu pun, polis tak percaya saya lelaki dan meminta saya tunjukkan kad pengenalan.

“Saya perlu buktikan jantina kerana polis lelaki perlu lakukan pemeriksaan tubuh ke atas penyokong lelaki bagi tujuan keselamatan dan polis wanita pula akan memeriksa penyokong wanita”

Tambah pelajar tahun dua ijazah sarjana muda perniagaan dari Universiti Kuala Lumpur itu, dia pernah menggayakan rambut pendek sebelum ini, namun ada pula orang yang memanggilnya ‘pengkid’.

Bagaimanapun, anak muda yang berasal dari Sepang itu tidak pernah mengambil hati dengan gelaran yang diberikan dan tetap bersyukur dengan wajah yang dikurniakan kepadanya.

Selain wajahnya yang menjadi perhatian, jersi pasukan yang dipakai Abdussalam Firdaus ketika menghadiri perlawanan tersebut turut menimbulkan persoalan netizen.

“Saya sebenarnya tak rancang pun nak tengok final tetapi kebetulan kawan saya ada tiket lebih dan ajak saya ke sana.

“Masa itu pula saya baru habis kelas, jadi saya terus pakai baju itu (jersi Argentina) ke stadium”

Abdussalam Firdaus bagaimanapun menegaskan, dirinya adalah seorang lelaki sejati dia hanya ingin menjalin hubungan dengan golongan wanita.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here