Lelaki Ini Dikecam Kerana Tulis Kenyataan Panas Terhadap Ahli Bomba Yang Lemas

Hari ini rakyat Malaysia berduka dengan berita 6 orang ahli bomba telah lemas ketika bertugas menyelamatkan seorang remaja. Berita ini cukup sedih dan rata-rata menghulurkan rasa simpati terhadap keluarga mangsa yang kehilangan mereka yang tersayang.

Kesemua 6 anggita bomba ini telah digelar wira kerana maut dalam usaha menyelamatkan orang, namun ada juga yang menghemburkan dan mengkritik ahli bomba yang terkorban itu.

Seorang pengguna FB bernama Syahrom telah menulis satu ayat yang menyinggung perasaan orang ramai. Lelaki ini memperlekehkan dan memeprtikaikan ilmu mereka yang terkorban itu.

Ini tulis Syahrom yang jadi kontroversi di laman media sosial.

“Apa lah bodoh sangat nak cari sorang, 6 orang mati. Kalau tak cukup ilmu jangan jadi penyelamat”

Syahrom dikritik hebat oleh para netizen kerana ayatnya itu tidak patut ditulis apatah lagi kepada wira negara itu. Netizen terus mengehentam Syarom dan menyerang FB miliknya.

Tak lama Kemudian, Syahrom telah menulis satu status permohonan maaf kepada semua rakyat Malaysia di atas penulisannya itu.

Ini permohonan maaf dari Syahrom:

“Saya meminta maaf atas kelakuan saya sebelum ni saya memohon kepada netizen semua agar berhenti mengecam kami sekeluarga saya sedar saya dah buat kesalahan sebesar ni sebegini..semua berhak memberi peluang kedua ..saya pon rasa bersalah sangat ni Insya Allah lepas ni saya akan berhati-hati ketika komen

“Kepada semua rakyat Malaysia…sy mohon maaf atas kenyataan yg telah sy keluarkan yg mungkin tidak menyenangkan hati semua pihak….

Semoga perkara ini menjadi iktibar buat semua yang ingin memberi pandangan tentang sesuatu perkara, fikirlah terlebih dahulu sebelum menulis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here