Lelaki Ini Bercadang Jadi Suri Rumah Selepas Berkahwin Dengan Awek Gomen

Satu kemestian apabila telah mendirikan rumah tangga lekai akan menjadi ketua keluarga serta mengalas tanggungjawab dari segi nafkah zahir dan batin.

Tetapi lain pula jadinya apabila seorang lelaki telah bercadang untuk menjadi surirumah selepas berkahwin dengan teman wanitanya yang bekerja sebagai penjawat awam.

Ini komen lelaki tersebut yang juga merupakan penyelua di sebuah kedai serbaneka :-

“Dia kerja kerajaan, saya pula cuma kerja biasa je penyelia di sebuah kedai serbaneka. Gaji dia lebih besar daripada gaji saya.

“Saya cadang nak ajak dia kahwin hujung tahun ni atau tahun depan. Lepas kahwin saya ingat nak duduk rumah je jadi suri rumah,”

“Biar dia je kerja sebab saya dah penatlah kerja. Kalau boleh nak duduk rumah pula nanti.

“Kalau ada anak biar saya je yang jaga, isteri saya kerjalah. Boleh tak macam tu?”

Status itu telah dimuat naik dilaman sosial Facebook Page Luahan Orang Bujang ( LOB) yang telar tular semalam.

Dia juga berkata dia juga sanggup mengasuh anaknya jika mereka mempunyai anak selepas bernikah.

Respon yang diterima apabila menyatakan impianya itu telah pun mengundang kecaman dan reaksi warganet yang menyelar sikap pemuda tersebut tidak ubah seperti ‘biawak hidup’.

Ada juga yang menyuruh lelaki itu mengambil upah sebagi pengasuh di rumah.

Namun tidak ketinggalan ada yang menyuruh supaya lelaki tak guna itu mengambil alih tugas seperti beranak dan melakukan semua kerja rumah sebagai seorang isteri.

Aduhai macam-macam pula perangai lelaki sekarang ye.. Menurut mufti adalah berdosa sekiranya seorang suami membiarkan seorang isteri mengalas tugas seperti mencari nafkah sendiri jika seorang suami itu sihat tubuh badan dan mampu untuk menyara keluarga serta anaknya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here