Lelaki Belasah Doktor Ditahan Polis

Kecoh di setiap media sosial dek kerana satu video yang menunjukan seorang lelaki yang berstatus doktor telah dibelasah oleh seorang lelaki ketika sedang bertugas di sebuah klinik telah tular.

Dikatakan kejadian tersebut terjadi apabila lelaki yang bernama Aiman telah mengetahui serta mempunyai bukti bahawa doktor tersebut telah menjalinkan hubungan dengan isterinya yang bernama Intan yang merupakan seorang jururawat.

Kejadian tersebut berlaku di satu klinik swasta di Bangi. Suami jururawat tersebut yang dikatakan baru sahaja pulang dari Dubai kerana dia bekerja disana telah pergi ke klinik tersebut dan menyerang doktor tersebut.

Dilaporkan juga bahawa Aiman telah ditahan oleh pihak polis semalam apabila perlakuannya serta video kejadian tersebut telah tular.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof Aiman yang lberusia 32 tahun yang merupakan suami Intan telah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang semasa dia sendiri tampil membuat laporan pada pukul 2 petang.

Komen pihak polis lagi :-

“Permohonan reman terhadap suspek dibenarkan selama satu hari hingga hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan”.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Fahrul Anuar di talian 014-3700870 atau mana-mana balai polis berhampiran,”

Sebagai rekod, video yang tular itu telah menunjukan bahawa seorang lelaki telah memukul seorang doktor semasa dia sedang bekerja di klinik swasta itu.

Video tersebut berdurasi selama 2 minit lebih. Mangsa telah dikatakan sering kali berjumpa dan mempunyai hubungan sulit dengan isteri Aiman dan dikatakan perhubungan terlarang itu sudah berlanjutan sekitar 8 bulan yang lalu.

Aiman yang jarang berada disamping isterinya kerana mempunyai tuntutan bekerja di Dubai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here