Lebuhraya tanpa tol.. tak mungkin, kata Tun Mahathir

Sebelum ini, menerusi manifesto PH, ada janji untuk membuat jalan tanpa tol. Untuk buat lebuh raya tanpa ada kutipan tol memang tak mungkin dapat diwujudkan, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tun Dr Mahathir mendedahkan, beliau sebenarnya tak setuju dengan ikrar lebuh raya bebas tol yang terkandung dalam manifesto pilihan raya Pakatan Harapan (PH).

“Kami mewujudkan manifesto itu dengan memikirkan bahawa kami tidak akan menjadi kerajaan. Sekarang kami adalah kerajaan dan manifesto ini menjadi beban yang besar.

“Pada masa itu saya menentang, saya tahu, untuk mengadakan laluan percuma…ia tidak boleh (dilakukan). Satu-satunya cara untuk mengadakan laluan percuma dan tiada tol adalah dengan menaikkan harga petrol”

Tun Mahathir turut sempat bertanya siapakah yang akan menyelenggara atau membina jalan baharu sekiranya kerajaan memansuhkan kutipan tol.

“Anda minta sektor swasta supaya membina jalan raya, mereka mahu meraih keuntungan tetapi jika anda tidak mengadakan kutipan tol, bagaimana hendak mendapatkan keuntungan?”

Tun Mahathir berkata di negara seperti England memang tak ada jalan dengan tol tetapi kerajaan negara itu mengenakan cukai yang sangat tinggi ke atas petroleum dan apabila harga petroleum naik, kenaikan cukai lebih tinggi.

“Jadi, mereka menggunakan wang itu. Bagaimanapun, jika anda memperoleh wang daripada hasil jualan petroleum, rakyat yang tidak menggunakan lebuh raya juga perlu membayar.

“Tetapi di sini, pengguna (lebuh raya) yang bayar. Inilah pegangan kita, bagi mereka yang tidak menggunakan (lebuh raya) mengapa mereka perlu bayar?”

Tun Dr Mahathir sebelum ini berkata kerajaan PH perlu menyemak semula beberapa perkara yang diikrarkan menerusi manifesto kerana sebahagiannya akan mengakibatkan kerugian yang sangat besar jika dibuat. – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here