Tunang Terkilan Hasrat Maya Matahari Untuk Memakai Cincin Perkahwinan Tidak Ditunaikan..

Kehilangan orang tersayang tentunya paling dirasai oleh orang yang terdekat dan kehilangan penyanyi Maya Matahari atau nama penuhnya Myanaliza Ruslee pastinya sangat dirasai oleh tunang, Muhammad Haziq Khairil.

Namun lebih terasa apabila Haziq Khairil  menyatakan rasa terkilannya apabila permintaan arwan sebelum ini untuk menyarung cincin perkahwinan untuk majlis perkahwinan mereka tidak ditunaikan.

Dipetik dari sumber Mstar, menurut haziq lagi;

“Dia pergi dengan mudah. Mya menghembuskan nafas terakhir semasa dalam perjalanan ke hospital dan sempat melafazkan kalimah syahadah bersama-sama saya.

“Namun saya sedikit terkilan kerana tak dapat penuhi permintaannya yang berhasrat untuk menyarung cincin pernikahan kami.

“Lebih tiga kali dia meminta, namun saya terpaksa tolak kerana belum tiba masa yang sesuai,”

Haziq juga berkongsi perkara pelik yang dilakukan Maya adalah 3 hari sebelum permergiannya, arwah ada menyebut yang dia akan meninggalkan tunangnya itu dengan kematian.

Terdahulu, jenazah Maya selamat dimandikan dan di solatkan di Masjid Tun Abdul Aziz, Petaling Jaya pada pagi Khamis.

Jenazah kemudian akan dibawa ke Kampung Setia Jaya, Machap, Johor untuk disemadikan. Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here