Lauk jualan tak laku di bazar Ramadan terpaksa beri jiran.. Anak tak sampai hati tengok riak wajah mama

0
10980

Bila kali tibanya bulan puasa pasti ramai peniaga mengambil peluang untuk menjana pendapatan sampingan berniaga di bazaar ramadhan.

Tetapi di sebalik kemeriahan suasana bazar Ramadan, ada satu kisah duka apabila ibu kepada seorang remaja bernama Syaza Nur Sahira gagal ketika berniaga di bazar ramadhan.

Malah, dikatakan ibunya tidak memperoleh sebarang hasil jualan pada hari pertama berniaga.

Gerai mereka terletak di  Pasar Ramadhan Gurun

Ini perkongsian remaja ini tentang ibunya:

“Saya tengok mama sangat teruja nak berniaga nasi berlauk pada hari pertama puasa sebab dia dah lama tak berniaga.

“Waktu itu, saya tolong mama berniaga. Tetapi nasib tak menyebelahi kami sekeluarga sebab tak ada seorang pelanggan pun yang beli di gerai kami. Riak muka mama dah mula nampak sedih, tak sampai hati nak tengok.

“Ikutkan ini kali pertama mama mula berniaga di Arked Majlis Perbandaran Sungai Petani ( MPSP) Kedah sebab kami baru sahaja berpindah di Sungai Limau, Yan setahun lalu. Sebelum ini, kami duduk di Kulim,”

Syaza merupakan anak sulung daripada empat beradik ini.

Katanya, antara jenis lauk-pauk yang dijual seperti Gulai Ayam, Sambal Ayam, Sambal Ikan Keli dan Keladi Asam Pedas.

Syaza memberitahu lauk-pauk yang tidak terjual itu terpaksa diberikan pada jiran-jiran kawasan rumah mereka.

Ibu kepada Syaza, iaitu Cik Rohaya Ahmad, mengatakan apabila lauk tak laku, dia terpaksa menanggung kerugian pada hari pertama berniaga.

“Perasaan masa itu Allah sahaja yang tahu, rasa macam penat lelah tak berbaloi tetapi bila saya memikirkan anak-anak, saya terus kuatkan semangat.

“Kerugian yang saya tanggung banyak lah juga dan kalau boleh saya tak nak kenangkan perkara itu lagi,”

Demi anak-anak, Rohaya tidak patah semangat dan akan meneruskan perniagaannya sehingga penghujung bulan Ramadan ini.

Selain itu, posting milik Syaza di Twitter yang tular baru-baru ini sedikit sebanyak membantu perniagaan ibunya apabila ramai mula singgah ke gerai ibunya mulai Ramadan kedua.

“Saya sebenarnya tak sangka tweet itu akan viral sebab saya hanya sekadar berkongsi sahaja.

“Alhamdulillah, sejak itu gerai kami terima pelanggan sedikit demi sedikit. Saya ucapkan terima kasih pada warga Twitter dan pelanggan yang sudi singgah membeli lauk-pauk,”

Syaza yang kini berumur 20 tahun, merupakan seorang pelajar Kolej Matrikulasi Changlun di Kedah.

Posting dari Syaza di Twitter telah menerima pelbagai reaksi daripada netizen dan menjadi viral.

Jadi pengajarannya lepas ini boleh la kita sebagai pembeli, membeli makanan di gerai yang dilihat tak laku. Berkongsi rezeki namanya.

Kalau nak beli dari makcik ni, boleh lah ke Pasar Ramadhan Gurun ye.

Sumber; mStar / Twitter Sahira

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here