Langit Bertukar Ungu Sebelum Taufan Hagibis Landa Jepun

Cantik tetapi membawa seibu kali bencana dan kerosakan. Itu lah yang boleh digambarkan apabila langit Jepun bertukar kepada warga ungu.

Fenomena langit berwarna ungu itu telah mengemparkan penduduk di tengah serta timur negara matahari terbit itu semalam.

Fenomena langit ungu itu dikaitkan dengan kemunculan Taufan Hagibis yang telah melanda Jepun semalam.

Taufan Hagibis disifatkan sebagai taufan paling ganas kerana ia membawa hujan lebat serta angin kencang dalam tempoh masa 60 tahun.

Disebakan kejadian tersebut, ramai warga net serta para penduduk Jepun berkongsikan gambar fenomena langit ungu itu. Ia dikatakan sangat cantik dan dimuat naik di laman sosial Twitter.

Kata Science Daily, langit ungu merupakan fenomena biasa.

Kejadian ini berpunca daripada fenomena Rayleigh Scattering iaitu penyebaran elastik cahaya oleh zarah mikro atau nano di dalam udara yang lebih kecil jika dibandingkan panjang gelombang cahaya yang terhasil.

Penduduk di Jepun lebih kurang 7 juta telah diarahkan berpindah berpindah kerana risiko banjir semasa taufan Hagibis bakal melanda pada lewat hari ini dengan membawa hujan yang paling lebat serta angin paling kencang dalam tempoh 60 tahun Jepun.

Pihak berkuasa wilayah juga telah menasihat para penduduk berpindah di kawasan berisiko termasuk di daerah di Tokyo.

Taufan Hagibis dikatakan akan melanda daratan di pulau Honshu lewat petang hari ini setelah hampir sebulan selepas satu lagi taufan kuat yang telah melanda Jepun yang telah meranapkan 30,000 rumah.

Menurut laporan HNK, angin kencang yangpada mula melanda wilayah Chiba pada awal pagi tadi telah menyebabkan bumbung beberapa rumah orang awam rosak serta mencederakan empat orang penduduk.

Semua Kedai, kilang serta sistem kereta api juga turut ditutup sebagai langkah keselamatan.Perlumbaan Formula 1, Grand Prix Jepun yang bakal di anjurkan pada hari inijuga turut dibatalkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here