Lagu ‘Bobo Dimana’ Dikecam Teruk, Aliff Syukri Akan Nyanyi Lagu Nasyid Pula

Lagu nyanyian Datuk Aliff Syukri bersama Nur Sajat dan juga Lucinta Luna berjudul Bobo Dimana memang sedang menjadi trending ketika ini.

Namun, usahawan kosmetik berstatus jutawan ini telah teruk dikritik dan dihentam kerana lagu berkenaan.

Datuk Seri Aliff Syukri kini mungkin akan menyanyikan lagu berbentuk kerohanian pula.

Sememangnya lagu seperti ini lebih baik dari lagu Bobo Dimana yang dikecam hebat terutama video muziknya yang baru dikeluarkan oleh Aliff Syukri di Youtube.

Lagu Bobo Dimana dianggap tak sopan dan dan telah menerima jumlah dislike yang amat banyak di Youtube malah ada yang membuat report agar video itu dibuang dari laman Youtube.

Perbincangan Aliff dan isteri bersama Hafiz Hamidun memberi gambaran mereka bakal bekerjasama dalam lagu nasyid.

Menerusi satu kenyataan di portal media mStar, Aliff Syukri akan memeprtimbangkan untuk menyanyikan lagu genre ketuhanan atau nasyid selepas ini.

Ini komennya:

“Sejujurnya, saya ada menerima tawaran menyanyikan lagu nasyid daripada beberapa orang komposer, tetapi masa itu hanya borak-borak kosong sahaja.

“Saya mungkin akan mempertimbangkan untuk menerima tawaran tersebut kerana semua lagu yang saya nyanyi asyik kena kecam sahaja.

“Saya harap anda semua tak kecam-kecam lagi, doakan yang terbaik untuk saya sebab manusia ini boleh berubah-ubah”

Sementara itu, menerusi Instagram isteri Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid ada memuat naik rakaman menunjukkan Aliff mengadakan pertemuan dengan penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun.

Ini komen Datin Shahida:

“Kita suruh Aliff nyanyi sebab Hafiz Hamidun dah buat lagu, tinggal nak nyanyi sahaja. Insya-Allah kita akan pastikan dia nyanyi lagu nasyid.

“Dia memang tahu suara dia tak berapa nak sedap tapi sebab suka nak jadi artis, kita usahakanlah dia jadi artis nasyid. Siapa sokong?,” tanya Shahida.

Lagu Bobo Dimana merupakan nyanyian penyanyi dangdut kontroversi Indonesia, Lucinta Luna yang berkolaborasi dengan Aliff Syukri dan juga Nur Sajat.

Video muzik lagu tersebut menjadi trending nombor satu di laman Youtube dan menerima hampir empat juta tontonan dan menerima lebih 260 ribu dislike menunjukkan ramai yang tak suka video berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here