Kurang Senang Dengan Cara Datuk Khadijah Ibrahim Di Gegar Vaganza.. Apa Kes?

Salah seorang juri Gegar Vaganza ialah Datuk Khadijah Ibrahim. Memang namanya amat senonom sebagai juri tetap rancangan yang amat popular itu.

SERING SAMPAI SALAM

Kalau korang perasan, ada satu amalam yang sering Datuk Khadijah Ibrahim buat di GV. Ianya adalah beliau suka menyampaikan pesanan berupa salam daripada pihak-pihak tertentu dalam program tersebut kepada Nabil dan juga Jihan selain salam buat juri tetap Datuk Ramli MS.

Namun, rupanya perkara ini ada mengundang rasa kurang senang sesetengah penonton rancangan ini.

Mengulas mengenai tindakannya itu, penyanyi ini yang lebih mesra disapa Ibu Khaty, memberitahu apa yang dilakukan adalah kerana amanah dan tidak menjadi satu kesalahan.

Ini penjelasannya:

“Sampaikan salam itu amanah, saya pun tak ambil banyak masa. Lagipun nak cerita apa lagi masa awal konsert tu.

“Saya seronok berjumpa orang ramai di luar, contohnya baru-baru ini di hospital, ada seorang penonton GV dalam keadaan tak sihat mengirim salam kepada pengacara, Jihan Muse dan Nabil Ahmad. Saya rasa puas hati apabila dapat sampaikan salam mereka itu”

SELALU TANYA PEREKA FESYEN

Selain itu, ada satu lagi amalan yang ibu Khaty selalu buat iaitu bertanya tentang fesyen.

Khaty berkata pertanyaannya mengenai baju yang dipakai pengacara dan peserta program itu adalah bagi menghargai pereka fesyen.

Katanya, pereka fesyen telah berusaha keras dan bertungkus-lumus menyiapkan setiap rekaan supaya menjadikan si pemakai nampak cantik berseri di atas pentas.

“Siapa yang nak perkenalkan pereka fesyen berbakat kita, ramai penyanyi tapi ada ke yang sebut siapa pereka baju mereka?

“Saya bertanya sebagai tanda penghargaan kerana designer ini yang membuatkan kami semua nampak indah. Usaha mereka, kehulu-kehilir ikut artis dan buat baju yang bukan murah harganya.

“Saya berbangga dengan usaha mereka. Ada yang jumpa saya di belakang pentas berterima kasih kerana tanya artis itu siapa pereka baju dan mereka rasa sangat dihargai”

SELALU BERI KOMEN MURNI SAHAJA

Dalam pada itu, Ibu Khaty mengakui turut menerima kritikan apabila dia dilihat tidak memberikan penilaian sebenar kepada peserta dan hanya memberikan komen yang baik dan murni sahaja.

Ini komennya tentang perkara ini:

“Saya lebih selesa beri komen secara positif dan lebih beralas kerana tak mahu jatuhkan mereka atas pentas. Maruah masing-masing kena jaga.

“Bukan bermaksud nak jadi juri yang baik, tetapi bila kita fikirkan semula ini hanyalah sebuah program hiburan, jadi kenapa sampai nak rasa stress. Janganlah membandingkan saya dengan Datuk Ramli MS kerana kami masing-masing ada cara tersendiri dalam meluahkan pendapat dan komen”

Itulah penjelasan dari Datuk Khadijah Ibrahim.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here