Kuaci Bersepah Dalam Panggung Wayang

Umum sudah mengetahui tentang larangan membawa makanan luar masuk kedalam panggung wayang melainkan makanan yang dibeli di tempat tersebut sahaja.

Satu perkongsian di laman sosial Twitter telah memaparkan satu keping foto yang menunjukan kuaci yang bersepah dalam panggung wayang tersebut.

Antara komen yang diberikan oleh warga net tentang kejadian tersebut :-

“ Aik macam mana binatang boleh masuk dalam pawagam ni?”

“Korang makan kat rumah memang macam ni ke weh?”

“Masih tiada kesedaran sivik dalam diri masing-masing. Pengotor”.

“Teruk betul perangai. Makan kuaci dalam panggung wayang. Tak ada otak punya orang. Dah macam beruk masuk panggung je”.

“Ni manusia ke hamster berjemaah tengok wayang?

“So logically, diorang campak-campak ke bawah macam tu jelah kan sambil makan? Kesian kat pekerja kena clear”.

“Tak ada adab. Kalau tak boleh nak senangkan kerja orang, janganlah susahkan orang,”

Foto itu telar tular dilaman sosial berkenaan sejak hari ahad lalu. Ternyata lantai di sebuah panggung wayang itu kotor dengan sisa kulit kuaci yang bertaburan.

Namun demikian, tidak dapat dipastikan dimana lokasi panggung wayang tersebut.

Rata-rata komen para netizen telah mengutuk tindakan yang tiada sivik yang dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Ramai yang mengatakan bahawa ia adalah sikap pengotor malah juga akan menyusahkan orang lain bagi mengemas sisa kulit kuali yang bersepah di lantai itu.

Ada juga netizen yang mendakwa bahawa mereka juga pernah berdepan dengan pengalaman yang sama apabila ada segelintir individu yang tidak bertanggungjawab melakukan hal yang lebih kurang sama seperti itu.

Ternyata sikap seperti itu amatlah tidak wajar tambahan pula panggung wayang itu adalah tempat untuk bersantai untuk menonton filem bukan tempat pembuangan sampah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here