KPLB anjur Program ‘Outreach’ Keusahawanan di Padang Terap

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan menganjurkan Program Outreach Keusahawanan dan Pendidikan KPLB@Padang Terap di Pusat Komuniti Padang Kerasak, Nika, Kedah pada 18 Disember ini.

Program ini bermula pukul 10 pagi hingga 5 petang di Pusat Komuniti Padang Kerasak di Nika, Kedah itu dianjurkan bagi mempromosi kemudahan serta insentif merangkumi pendidikan dan keusahawan dan sebagainya yang disediakan oleh Kementerian dan agensi terlibat.

Antara agensi di bawah KPLB yang mengambil bahagian termasuk KEMAS, MARA, RISDA, FELCRA Berhad dan KEDA.

Buat usahawan luar bandar yang ingin meluaskan jangkauan perniagaan, KPLB turut menawarkan platform akses pasaran produk dan perkhidmatan usahawan luar bandar kepada pemborong, pengedar dan pembeli selain meningkatkan daya saing dan kebolehpasaran produk luar bandar serta meneroka peluang baharu.

Bagi lepasan pelajar sekolah dan belia yang ingin menyambung pengajian, turut diadakan sesi penerangan dan pendaftaran oleh institusi di bawah agensi seperti UniKL, KPTM, IKM, GiatMARA, Kolej FELCRA, Kolej KEDA dan UCAM.

Antara aktiviti menarik lain termasuk perkhidmatan servis motosikal percuma oleh GIATMARA (terhad pada 200 motosikal terawal) selain perkhidmatan gunting rambut dan solekan, dandanan dan hiasan kuku juga oleh GIATMARA dan KEMAS.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk merebut peluang yang disediakan KPLB dan para agensi dalam usaha untuk mentransformasikan masyarakat luar bandar selain menjadikan #LuarBandarSejahtera.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here