Koyak Bibir, Retak Tulang Belakang.. Pelakon Nina Iskandar Kemalangan Jalan Raya

Pelakon jelita iaitu Nina Iskandar telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Nina Iskandar menjadi mangsa langgar lari apabila kereta dipandunya dilanggar dua buah kereta di KL semalam.

Insiden itu telah dikongsi rakan pelakon, Amyza Aznan yang memuatnaik foto kemalangan yang melibatkan Nina Iskandar.

Amyza Aznan dan Nina iskandar kini sedang jalani penggambaran drama Setelah Cinta Itu Pergi.

Akibat dari kemalangan berkenaan, Nina Iskandar telah mengalami cedera di bibir dan dipercayai retak tulang belakang.

“Kereta ‘total lost’! Dua kereta langgar, sebuah berhenti dan sebuah lagi melarikan diri,”

Amyza Aznan juga menegaskan bahawa kemalangan ini adalah benda betul dan bukannya satu gimik.

Dalam satu pesanan ringkas daripada Nina kepada rakan pelakon lain dan turut dikongsi Amyza di laman sosial sama, mendedahkan kecederaan tulang belakang dialami menyebabkan dia kini sukar bergerak.

Ini kata-kata dari Nina Iskandar:

“Terima kasih atas doa. Saya okey, Insya Allah. Hanya ‘koyak bibir’ dan retak tulang belakang. Jahitan (akibat cedera) sudah boleh dibuka dalam masa seminggu.

“Ibu saya berada di sini untuk menjaga saya dan Insya Allah akan bawa saya pulang ke Brunei untuk rawatan selanjutnya”

Dalam pada itu, PA kepada Nina Iskandar ada memberi kenyataan dan mengatakan Nina Iskandar dalam keadaan baik sahaja dan kini sdang berehat dan menjalani rawatan akibat kecederaan yang di alami olehnya.

Ini kenyataan dari PA Nina Iskandar:

“Assalamualaikum.. saya selaku PA @ninaiskandar memaklumkan bahawa keadaan beliau alhamdulillah selamat cuma perlukan rehat secukupnya untuk proses pemulihan drpd kecederaan yg dialami.. mari kita doakan agar our princess speedy recovery dan dipermudahkan urusan Aminn..

“Bagi team production maaf sekiranya berita lambat diberitahu… Nina skrg agak sukar nak berkomunikasi akibat kecederaan yang dialami…”

Semoga Nina Iskandar cepat sembuh!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here