Komen pedas adik Elfira Loy tentang persembahan Sufian Suhaimi

Memang amat kecoh tentang persembahan penuh deep dari Sufian Suhaimi di pentas AJL33 malam ini, ramai yang ada pendapat sendiri. Ada yang katakan memang itu cara Sufian Suhaimi untuk luah perasaan.

Dan ada juga yang mengatakan cara Sufian Suhaimi itu seperti ingin ambil kesempatan di atas isu yang pernah dialami bersama Elfira Loy yang telahpun berkahwin.

Antara yang dilihat membuat komen adalah adik kepada Elfira Loy, Ezlisa Loy. Dari akaun Twittern peribadinya, ada satu pendapat dari adik Elfira Loy ini yang mengatakan penyanyi itu tidak habis-habis nak mempergunakan kakaknya untuk meraih populariti.

Kenyataan tersebut dimuat naik di laman Twitter selepas menjadi viral persembahan Sufian yang mempamerkan prop pelamin pernikahan bekas tunangnya itu dibelakang pentas ketika mempersembahkan lagu popular berjudul Di Matamu.

Menurut Ezlisa Loy, Sufian Suhaimi memang merupakan seorang penyanyi yang baik tetapi masih mempergunakan nama kakaknya untuk meraih populariti dirinya sendiri. Dengan sinis, Ezlisa turut mendakwa sikap Sufian itu masih tak berubah hingga kini.

Ini komennya:

“Dia memang hebat tapi hmm masih guna dia untuk populariti sendiri, tak pernah berubah pun awak ni. Akhirnya kedua-dua pun menang”

Mungkinkah adik Elfira Loy ini menganggap Sufian menggunakan prop pernikahan yang berlangsung baru-baru ini sebagai sindiran buat mereka? Jika dilihat, memang agak seru[a juga prop berkenaan dengan pelamin Elfira Loy dan suaminya.

Apapun tahniah diucapkan kepada Sufian Suhaimi yang akhirnya berjaya menang untuk  kategori Persembahan Terbaik.

Sumber: Rotikaya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here