Komen Nora Danish kepada Fasha Sandha yang bakal kahwini Aidil Aziz

Beberapa hari yang lalu, telah berlangsung majlis bachelorette party untuk Fasha Sandha. Maknanya dah tak lama lagi Fasha Sandah akan berkahwin dengan Aidil.

Ini video bachelorette party Fasha:

Surprise untuk Fasha (Birthday + Bachelorette party)

Dua kali Fasha Sandha baling bunga sebab yang first tu orang yang tak sepatutnya dapat hahaBirthday and bachelorette party untuk Fasha 🙂

Posted by Rozita Che Wan & Zain Saidin on Friday, 22 March 2019

KOMEN NORA DANISH

Pelakon popular tempatan, Nora Danish telah ditanya tentang perkahwinan Fasha Sandha.

Nora Danish telah memberi sedikit ucapan dan doa khas buat Fasha Sandha yang bakal mendirikan rumah tangga buat kali kedua, tidak lama lagi dengan pelakon Aidil Aziz.

Melalui laporan dari Media Hiburan, Nora Danish mendoakan kebahagiaan di dunia dan akhirat buat Fasha Sandha sempena perkahwinannya yang bakal menjelma.

Ini komen dari Nora Danish:

“Kepada Nur Fasha Sandha, selamat melangsungkan perkahwinan. Semoga kekal hingga jannah, jadilah isteri yang baik dan alhamdulillah.

“Kami semua mendoakan semoga awak bahagia dunia akhirat,”

PROJEK ISTIMEWA

Nora berkata sedemiian ketika ditemui pada majlis pelancaran kolaborasi istimewa, Jovian x Oh Most Wanted di Shah Alam, pada Jumaat.

Berkongsi mengenai projek istimewa tersebut, Nora berbesar hati apabila dapat bersama-sama berkolaborasi dengan jenama fesyen terkenal itu.

“Sudah pasti kami di Oh Most Wanted rasa bangga dan terharu dengan kerjasama ini, apatah lagi bersempena dengan musim perayaan yang akan datang.

“Sebagaimana kita tahu, jenama Jovian sendiri itu sudah besar dan apabila berpeluang terlibat dalam edisi terhad menggabungkan koleksi istimewa Jovian Hijab dan lip cream ini, kami mengharapkan projek yang diusahakan sukses dan diteruskan pada masa depan insyaAllah,”

BERLAKON DENGAN REMY

Dalam perkembangan lain, Nora kini sedang sibuk di lokasi penggambaran drama 15 episod, Imann yang bakal bersiaran Ramadan ini di saluran Astro Oasis.

Pelakon lain yang turut terlibat di dalam drama berkenaan ialah Remy Ishak dan Fendy Bakry.

Fasha Sandha dan Nora Danish sebelum ini pernah berkahwin dengan jejaka yang sama iaitu Jejai.

Nora Danish telahpun berbahagia dengan Nedim manakala Fasha Sandha sedang diulit kebahagiaan bersama Aidil Aziz.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here