Komen Che Ta Apabila Disamakan Dengan Big Bird

Nama Che Ta semestinya sudah sinonim dengan fesyen dan gaya yang pasti memukau ramai netizen. Kali ini, Che Ta telah tampil anggun dengan fesyen yang serba kuning.

Namun, apa yang menarik perhatian peminat Rozita Che Wan ini di Anugerah Skrin 2019 baru-baru ini apabila gaya fesyen bajunya itu telah disamakan seperti watak Big Bird dalam program TV Sesame Street.

Bukan itu sahaja, baju serba kuning bertingkat itu juga disamakan seperti pulut kuning bertingkat. Komen itu diberikan rata-rata oleh warga netizen yang mengecam gaya fesyen pelakon jelita ini.

Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta tampil memberi komen tentang apa yang dikatakan oleh netizen terhadap fesyen di Anugerah Skrin 2019 itu. Ini adalah komen dari Che Ta :

“Saya sudah masak dan faham dengan perangai netizen yang mudah terhibur dengan perkara sebegini. Saya tidak kisah dan tak ambil serius pun dengan perkara itu. Sekali pandang, memang ia kelihatan serupa, tetapi tetap tak sama”.

“Sebaliknya, saya menganggapnya sebagai sesuatu yang lucu. Saya yakin, ramai juga yang terhibur dengan kegigihan mereka menggabungkan gambar saya dan (karakter) burung itu dalam kolaj,”

Bagi Che Ta, dia sudah masak dan lali dengan perangai netizen dan tidak sedikit pun mengambil serius dengan komen netizen dan berangapan ia sebagai sesuatu yang kelakar.

Dalam masa yang sama, Che Ta berkata bahawa dia menghargai kerja keras pereka fesyen yang telah menghasilkan rekaan yang istimewa ini kerana ianya bukan sesuatu yang senang.

Baguslah Che Ta sendiri pun tidak melatah dan tidak mengambil serius akan komen netizen yang menyamakan busananya seperti big bird dan pulut kuning tinggkat. Terbaik lah Che Ta! Semestinya Che Ta nampak anggung sekali dalam apa jua pakaian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here