Desas desus serta gossip hanya telah berlegar apabila dikatakan bahawa rumah tangga pelakon Indonesia iaitu Laudya Cynthia telah mendapat perhatian bekas kekasihnya iaitu pelakon popular Raffi Ahmad.
Memetik laporan daripada Grid.ID menurut Raffi Ahmad telah berkata bahawa bekas kekasihnya itu, Bella adalah seorang wanita yang mempunyai peribadi yang sangat baik serta setia.
Ini komen dari Raffi Ahmad sendiri :-
“Iya… dia sangat baik, dia juga setia. Dia sanggup berkorban, berpindah ke Malaysia dan tinggal disana”
“Dia menerima apa adanya dengan segala kekurangan dan itulah dia, luar dan dalam berusaha menjadi wanita dan isteri yang baik,”
“Sebenarnya Nagita sama Bella itu sama, mereka jenis yang tak hebohkan masalah rumah tangga.
“Tahap kematangan mereka itu sama dan itu membuktikan mereka wanita yang baik,”
Menurut Raffi lagi dia beranggapan bahawa bekas teman wanitanya itu mempunyai sifat yang hampir sama dengan isterinya iaitu Nagita Slavina.
Jelasnya lagi mereka berdua adalah wanita bijak yang pandai serta matang bagi menyembunyikan masalah yang melibatkan rumah tangga.
Jika sebelum ini kecoh apabila Bella sendiri ada memuat naik gambarnya bersama suaminya iaitu Engku Imran di media sosial Instagram dengan kapsyen “gambar terakhir bersama suami”.
Disebabkan itu, media hiburan di Indonesia telah melaporkan gosip bahawa hubungan rumah tangga Bella serta suami goyah kerana kewujudan orang ketiga.
Lauydia Cynthia Bella juga dikatakan berasa takut serta bimbang jika Engku Imran bakal menjadi sasaran perempuan untuk mengorat suaminya itu dan sebagai langkah berjaga-jaga dia tidak mahu memuat naik gambar suaminya ke media sosial lagi.
Ada juga betulnya tindakan yang dilakukan oleh Bella itu juga. Bukan kah mencegah lebih baik daripada mengubati.