Koleksi gambar sekitar sambutan hari jadi Siti Aafiyah yang pertama.. Happy Birthday!!

Boleh dikatakan, Siti Aafiyah merupakan kanak-kanak atau bayi paling popular di Malaysia pada tahun 2018.

Siti Aafiyah merupakan anak pertama buat penyanyi tersohor tanah air iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza sepanjang berkahwin dengan suami tercinta Datuk Seri Khalid Mohammad Jiwa.

Pada bulan Mac, Siti Aafiyah kini sudah pun berusia 1 tahun.

Bersempena dengan hari istimewa untuk puteri sulungnya itu, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah membuat satu sebuah majlis sambutan hari ajdi yang pertama buat Siti Aafiyah.

Majlis sambutan hari lahir itu, berlangsung dengan penuh meriah di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur, majlis itu dihadiri oleh kenalan rapat Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid serta beberapa teman artis tanah air.

Siti Aafiyah kelihatan amat ceria dan gembira sepanjang majlis berkenaan. Malah Siti Nurhaliza telah mendendangkan lagu Comel Pipi Merah ketika sambutan hari jadi itu.

Jom kita layan beberapa gambar sekitar sambutan majlis hari jadi yang pertama Siti Aafiyah.

Ini koleksi gambar (sumber: Ig CTDK)

Selamat hari jadi kami ucapkan buat si comel pipi merah,

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here