“Kita memang tiada daya dan tidak tahu noktahnya di mana” – luahan ibu Acap

Siti Maznah Khamis, ibu kepada Mohammad Ashraf Hassan, atau Acap yang hilang, telah tampil meluahkan rasa hatinya.

Kata wanita ini, dia amat berharap semua rakyat malaysia dapat mendoakan anaknya dan sedekahkan ayat Kursi buat Acap.

Menurut Siti Maznah, dia kini menyerahkan kepada ketentuan Allah untuk mempertemukan anaknya itu selepas semua pihak sudah berusaha dan berhempas pulas dalam usaha mencari Mohammad Ashraf.

Ini komen ibu Acap:

“Saya minta sangat rakyat Malaysia semua sekali, selepas 9 malam ini, tolong sedekah Ayat Kursi untuk Mohammad Ashraf, saya minta sangat, cukuplah itu saja yang saya minta,”

“Meredah hutan belukar, menuruni sungai, melalui bukit, gua semua sekali, cukup dah, kita rasa usaha itu sangat-sangat besar untuk mencari anak saya, selebihnya berserah kepada Allah.

“Di mana noktahnya itu hanya Allah yang tahu, kita memang tiada daya dan tidak tahu noktahnya di mana, kita akan terus berdoa,”

Kata Siti Maznah, Acap adalah seorag anak yang amat baik dan sentiasa menghormati ibu bapa serta ahli keluarga yang lain.

baginya, kehilangan Acap adalah satu ujian serta dugaan yang amat berat buat keluarganya, akan tetapi mereka menerima perkara itu dengan hati terbuka.

Ini komennya lagi:

“Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakyat yang membantu mencari anak saya, kepada agensi mencari dan menyelamat serta sukarelawan.

“Orang kata mereka adalah pejuang tidak didendang tapi saya akan dendangkan mereka dengan doa”

Ketika ditanya mengenai dakwaan netizen di laman sosial kononnya Acap didakwa pernah hilang beberapa kali sebelum ini, Siti Maznah berkata, anaknya itu tidak pernah hilang dan sudah mengikuti pelbagai aktiviti lasak termasuk di Lombok, Indonesia.

Sumber: HMetro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here