“Kisah Silam Tak Baik Haram Diceritakan..” Peringatan PU Amin Tentang #10YearsChallenge

Sekarang tengah trending di laman media sosial tentang hashtag #10YearsChallenge. Ianya tentang perbezaan yang berlaku kepada seseorang itu pada tahun 2019 dan juga tahun 2009, sepuluh tahun yang lalu.

Maka ramai berkongsi gambar throwback pada tahun 2009 dan membuat perbandingan terhadap gambar tahun ini iaitu gambar terkini.

Pendakwah bebas iaitu PU Amin turut berkongsi gambar lamanya ketika sedang menuntut di universiti.

Ini komennya:

“10 tahun lepas. 10 tahun lepas mana reti nak ambil gambar elok elok. Tak ada potrait. Yang ada telefon kawan. 10 tahun lepas semasa tahun 1 di Al Azhar Mesir. Berat dulu 55kg , berat sekarang 58kg…

Namun begitu, Pencetus Ummah (PU) Amin telah memberi pesanan terhadap setiap posting yang dikongsikan seseorang.

PU Amin berkata, cabaran #10YearsChallenge hendaklah tiada kisah dan tiada unsur yang membawa kepada keburukan ataupun pendek kata membuka aib sendiri.

Ini teguran dari PU Amin:

“Tak salah nak throwback, tapi yang baik baik sahaja diceritakan. Kisah silam yang tak baik haram diceritakan. Kerana Allah telah menutup keaiban diri kita , jangan kita sesekali membongkarnya,”

Menerusi ruangan komen pula, ramai yang bersetuju dengan pendapat Amin itu.

Hanya kerana terlalu taksub dengan #10YearChallenge, ada yang nak sangat tunjuk dirinya buruk, hodoh dan tidak bagus pada 10 tahun yang lalu. Semata-mata nak tunjuk dirinya semakin baik, hebat dan cantik atau kacak pada masa kini.

Malah ada yang buka aib sendiri dengan menunjukkan gambar tidak bertudung dan sebagainya. Inilah contoh bahawa ianya adalah sesuatu yang tidak baik untuk di kongsi kepada orang lain.

Diharap orang ramai ambil perhatian tentang perkara ini. Berpada-pada lah kalau nak throwback pun.

Foto : Instagram PU Amin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here