Kisah Si Penjual Kuih: Kehidupan Berubah Selepas Beri Hadiah Kuih Kepada Siti Nurhaliza

Seorang lelaki berkongsi kisah yang menunjukkan memberi sesuatu kepada seseorang dengan ikhlas amatlah perbuatan yang mulai. Dalam kes ini, Tuhan memberinya balasan dengan rezeki yang mencurah setelah penjual kuih memberi hadiah secara ikhlas kepada penyanyi tersohor tanah air Siti Nurhaliza.

Ini kisah dari lelaki ni yang menjadi viral, jom baca:

“KISAH PENJUAL KUIH

“Ini adalah penghargaan buat seseorang yang amat berjasa sepanjang perjalanan Master saya. Beliau adalah bintang yang sangat disayangi ramai iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza @ctdk . Saya harap sangat beliau dapat baca penghargaan ni. @rozisangdewi

“Mesti ada yang teringat bagaimana saya sibuk belajar dan pada masa sama terpaksa menguli tepung bersama Opah Sapiah untuk memenuhi tempahan kuih bangkit #projekkuihbangkit. Ketika mendapat tawaran menyambung pengajian saya memang gembira tetapi pada yang sama saya tahu bakal berhadapan dengan masalah kewangan. Saya terpaksa berjimat kerana simpanan semakin susut dan elaun lewat diterima. Saya tiada pilihan lain. Pada awalnya Opah Sapiah agak keberatan tapi saya cuba yakinkan Opah Sapiah. Kami bermula agak perlahan dan susah. Orang tak tahu macamana kita struggle untuk berjaya.

“Allah bukakan rezeki dengan cara yang tidak disangka. Seorang kawan datang ke rumah dan memberitahu akan bertemu Tokti. Masa tu kebetulan ada stock kt rumah. Saya minta bantuan kawan untuk memberikan hadiah kuih kepada Tokti.

“Keesokan hari ketika di dalam kelas, saya pelik kenapa handphone saya tak henti vibrate. Notification untuk WhatsApp dengan IG penuh dekat skrin. Masa rehat baru saya bukak tengok. Allahuakbar! Tangan saya mengeletar.Jantung macam nak luruh. Tokti post gambar kuih kat Instagram. Macam dalam mimpi je. Opah Sapiah sampai menangis yeh.

“Terima kasih kerana mempromosikan kuih kami. Sejak tu kami tak menang tangan. Masa Aidilfitri 2017, beribu balang tempahan sampai kami terpaksa tolak. Masa tu jadi gila kejap. Mana nak belajar lagi..Mana nak mengadap kuih lagi. Tapi Alhamdulillah saya dapat bahagikan masa. Cuma sekarang terpaksa berehat kejap sebab abah tak sihat.

“Disebalik setiap rezeki kita ada rezeki milik orang lain yang Allah SWT amanahkan. Alhamdulillah dengan izin-Nya dapat kami berkongsi rezeki dengan pelbagai aktiviti kebajikan.Terima kasih Allah!

“Saya dah berjaya menamatkan pengajian dan Anugerah Sarjana Cemerlang ini saya tujukan juga kepada Tokti. Ternyata post Instagram Tokti menjadi magis yang telah mengubah hidup kami. Terima kasih..Hanya Allah SWT yang mampu membalasnya.

Tahniah buat lelaki ini!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here