Kisah Seram: Penyanyi Ini Kongsi Pengalaman Seram Ketika Nyanyi Lagu Sephia (Sheila On 7)

Lagu Sheila On 7 memang popular dikalangan rakyat Malaysia. Antara yang paling popular dan sering jadi siulan ialah lagu Sephia. Memang popular habis lagu ni.

Memang ada terdengar, cakap-cakap orang tentang lagu Sephia nyanyian kumpulan Sheila On 7 mempunyai kisah misterinya tersendiri.

Kononnya ‘Sephia’ merupakan nama salah seorang peminat wanita yang mengalami kemalangan sewaktu dalam perjalanan ke konsert Sheila On 7. Siapa yang menyanyi lagu ini pasti akan meremang bulu roma dan merasai sesuatu yang aneh.

Penyanyi bernama KucaiMars yang baru berjinak dalam industri, telah berkongsi perkara misteri semasa dalam latihan lagu ini sebelum naik ke pentas di UiTM Seremban. Dia juga sempat membuat live di Instagram dan lihat apa yang terjadi…

Ini perkongsiannya:

KISAH SERAM : LAGU SEPHIA
Sudah dua kali saya nyanyi lagu ni dan terjadi juga satu kejadian

Kejadian pertama saya nyanyi di uitm seremban3 yang terjadinya guruh tiba-tiba. Dan 2 hari lepas di Uitm Raub pula terjadinya benda seram ini. Begini ceritanya…

Sebelum saya perform di dewan uitm raub itu , saya perlu duduk di dalam bilik VIP untuk berehat dan tunggu turn saya menyanyi , selepas itu..

Saya pun praktis lah lagu sephia ni sekejap untuk ready show kejap lagi, btw sebenarnya hujan sudah pun berhenti di raub tapi…

Sebelum saya menyanyi lagu sephia tu lagi saya dah meremang dah sebab saya tak boleh dengar petikan gitar yang kawan saya nyanyi tu .. and then..

Saya pun nyanyilah lagu sephia tu dengan penuh penghayatan , sebab lagu ni perlu penghayatan baru dapat sampaikan lagu ni dengan baik . Tiba-tiba..

Start je saya nak masuk part *Hadapilah ini kisah kita takkan abadi* .. saya terbuka mata saya dengan tiba2, sbb saya rasa x sedap , and then..

Saya tengok langsir di depan saya tu begoyang kencang padahal angin xde sangat pun.. lepas tu bila saya perasan je langsir tu bergerak kuat saya dengan tak sengaja menegur dan menunjuk di langsir itu , tapi dengan tiba2…

Pintu lagi satu di tepi bilik VIP tu tertutup sendiri , yang peliknya angin tiup masuk belah sini tapi kenapa sampai belakang sana yang tiada tingkap or apa2 yang angin boleh tolak pintu tu. Start situ saya dan kawan2 saya dah start meremang gila. And then…

Saya pun cakap kan guitarist saya , kita xboleh bawak lagu ni dekat rehearsel or praktis macamni , time show je kita nyanyi. So kesimpulan nya..

Apa yang kita rasa xsedap or nampak something , jangan tegur. And next show saya in sya Allah saya akan menyanyikan lagu ini juga tapi harap tiada apa2 yg terjadilah

Ini videonya:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here