Kisah penuh Faizal Tahir secara tak sengaja selamatkan individu depression bunuh diri

Penyanyi berbakat besar, Faizal Tahir tak sangka dia telah menyelamatkan seseorang dari melakukan perkara yang tak diingini berlaku dan ianya berlaku secara tak sengaja, kebetulan tetapi ianya ketentuan Illahi apabila Faizal Tahir memilih untuk menelefonnya.

Faizal Tahir menyatakan tindakannya membuat aksi spontan dengan menelefon seorang peminat wanita secara rawak berjaya menghalang individu berkenaan dari mengambil tindakan terburu-buru iaitu membunuh diri.

Bercerita lebih detail, Faizal Tahir telah memuat naik sebuah video tentang seorang peminatnya yang berniat untuk membunuh diri. Dalam video berkenaan, Faizal Tahir menyatakan bahawa ramai peminat menghubunginya apabila beliau memuat naik satu video di Instagram story dan meletakkan nombor telefonnya sekitar dua bulan yang lepas agar peminat dapat  menghubunginya secara peribadi.

Faizal tahir mendedahkan lagi, ramai peminatnya menghantar mesej ke nombor tersebut namun Faizal tertarik kepada seorang peminatnya yang membuat pengakuan bahawa peminatnya itu pernah terdetik untuk membunuh diri akibat tekanan hidup.

Pengakuannya itu dikongsikan kepada Faizal dengan menyertakan sebuah tangkapan skrin tweet nya yang bertarikh 17 Januari 2019 untuk membunuh diri. Setelah mendapat mesej berkenaan, Faizal Tahir terus menghubungi peminatnya untuk memberi semangat dan peminatnya itu menunjukkan rasa bersyukur kerana mendapat kata-kata semangat daripada Faizal sendiri.

Ini videonya:

Faizal juga melahirkan rasa bersyukur dan mengatakan bahawa inilah kekuatan muzik dan ini adalah antara sebab beliau masih meneruskan kerjaya muziknya. Yang paling penting, mesej yang ingin disampaikan dalam lagu berjudul ‘Bisa Aja’ yang baru dikeluarkan itu dapat memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat.

Dalam perkembangan terkini, kini wanita berkenaan sudah mampu meneruskan kehidupannya malah sudah merancang untuk mendirikan rumah tangga dalam masa tedekat.

Ini pula penjelasan lanjut dari Faizal Tahir kepada mStar tentang isah berkenaan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here