Kisah Ibu Terpaksa Rantai Anak Masalah Mental Selama 5 Tahun Di Rumah

Ini satu kisah yag agak sayu didengar. Seorang ibu tiada niat menyeksa anak angkat yang mempunyai masalah mental. Ibu berkenaan terpaksa merantainya sejak lima tahun lalu di sebuah rumah di Kampung Kubang Sawa, Kelantan.

Wanita berkenaan bernama Mek Derahman, 62 tahun berkata, tindakan itu dilakukan terhadap anaknya, Ridzuan Adam, 42 tahun kerana bimbang anaknya itu bertindak agresif serta mencederakan mencederakan penduduk kampung.

“Saya bukan nak seksanya, tapi demi keselamatan kerana sebelum ini dia pernah acu pisau kepada saya. Saya juga fikirkan keselamatan penduduk kampung. Risau dia terlepas dan mencederakan jiran-jiran,”

“Saya ambil Ridzuan sebagai anak angkat masa bayi lagi tapi saya diuji apabila Ridzuan alami masalah kemurungan di usia remaja. Walau pun dah selalu dirawat di hospital sakit jiwa tak pulih sepenuhnya. Saya ada anak dua orang tapi tinggal di Kota Bharu dan Pulau Pinang.

“Saya yang jaga makan minumnya, tiga kali sehari saya hantar makanan di rumah buruk ini yang hanya bersebelah dengan rumah saya. Tak berani bawa Ridzuan tinggal bersama saya sebab risau dia bertindak agresif”

Menurutnya, kerisauan itu berakhir apabila pihak PKNIK membina sebuah rumah baru untuk Ridzuan berteduh. Rumah berkenaan terletak bersebelahan rumahnya dan berterima kasih di atas keprihatinan biro itu menyelesaikan masalah Ridzuan.

“Siapnya rumah ini membolehkan Ridzuan bergerak bebas. Saya tak rantai Ridzuan lagi, dia dah ada rumah sendiri, cuma saya kunci pintu bimbang dia keluar merayau. Makanan saya hantar seperti biasa, doktor dari klinik kesihatan di sini juga datang buat rawatan rutin”

Mek dan anaknya itu adalah penerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Semoga keluarga ini sentisa mendapat perlindungan dariNYA.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here