King Coco Pula “Sekolahkan” Jutawan Kosmetik Label Orang Buruk, Hodoh

Masih ingat lagi dengan King Coco, nama yang pernah popular satu masa dulu dengan cara percakapannya yang unik, ala-ala slang mat salleh gitu.

Dalam perkembangan terbaru, King Coco tampil menerusi satu video yang menyelar tindakan seorang jutawan kosmetik yang melabel seseorang sebagai seorang yang hodoh dan buruk.

Kata King Coco, dia lebih mementingkan kecantikan dalam atau “inner beauty” berbanding kencantikan luaran sahaja.

Ini luahan King Coco:

“Saya amat tersentuh dan sedih dengan satu kenyataan dari jutawan kosmetik yang terkenal, bagi saya banyak lagi cara untuk mempromosikan produk anda. Tahukah anda kritikan tersebut boleh membuat seseorang menjadi depressi? Bagi saya sendiri yang pernah menjadi mangsa kutukan fizikal sendiri tahu macam mana rasanya. Tidak semua orang sempurna dari segi kecantikan. Kita sepatutnya lebih mendorong untuk generasi kita lebih menghargai dan mencintai apa adanya kita, kena lebih bersyukur dengan setiap fizikal kita. Terpanggil saya untuk spread lebih awareness untuk mencintai diri kita tak kira, kulit gelap, tinggi rendah, kurus gemok. Semuanya patut dicintai. Hargailah kecantikan dalaman. Yang diluar ini hanya sementara. Inshallah sama sama kita ubah. Cash is not the king.”

Ini pula video yang dimuat naik oleh insta selebriti ini, jom layan:

Haa siapa kena leter dengan King Coco tu? ?

Posted by ROTIKAYA on Tuesday, 6 November 2018

Sebelum ini menjadi viral apabila seorang jutawan kosmetik menggelar seorang penonton sebagai ‘ugly’ atau hodoh secara live di kaca televisyen sekaligus dikecam orang ramai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here