“Tak tutup aurat, sehelai rambut pun akan diazab” Noorkhiriah tentang foto dengan Amyra Rosli

Antara pelakon wanita utama drama Nur ialah Noorkhiriah dan juga telah berganding dengan Amyra Rosli.

Akan tetapi, jika dilihat menerusi Instagram, memang jarang Noor Khiriah memuatnaik foto bersama Amyra Rosli wawalupun draam tersebut menjadi hit.

Baru-baru ini, Noorkhiriah ada memuat naik satu post tentang pertanyaan mengenai dirinya yang dikatakan jarang memuat naik gambar bersama pelakon utama drama Nur.

Noorkhiriah yang membawa watak Aishah di dalam drama berkenaan turut menyatakan sebab terperinci kenapa dia tak upload gambar Amyra Rosli

Ini jawapan dari Noorkhiriah:

“Saya menjaga aurat dia,”

“Kalau saya sibuk menjaga aurat saya, takkanlah sesukahati saya nak pamerkan aurat orang lain di sini. Walaupun banyak pendapat tapi saya ambil pendekatan untuk mengelak mempamerkan aurat wanita lain dalam IG saya.

“Andai tetiba wanita tidak menutup aurat ada dalam mana gambar atau video yang saya pun ada, saya akan minta izin terlebih dahulu sebelum post. Jangan main-main, sehelai rambut pun akan diazab,”

Sementara itu, di ruangan komen, rata-ratanya memuji tindakan pelakon berkenaan.

Namun ada juga yang bertanya, kenapa tak muatnaik foto Amyra Rosli bertudung, kerana banyak juga scene dalam drama Nur yang mana Amyra Rosli telah mengenakan tudung.

Namun, beberapa jam kemudian, foto berkenaan dilihat diturunkan dan dipadam oleh Noorkhiriah.

Ketika ini, drama Nur akan disambung ke musim kedua yang dikenali sebagai Nur 2.

Foto: IG Noorkhiriah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here