Khabar angin tentang rumah tangga Tunku Puteri Johor, ini kenyataan rasmi Tunku Aminah

Kini ada pihak telah menyebarkan khabar angin yang sedang bertiup kencang tentang rumah tangga Tunku Puteri Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah dan suami, Dennis Muhammad Abdullah.

Kononnya hubungan pasangan ini kini sedang berantakan dan ada masalah.

Namun begitu, dakwaan berkenaan terus dinafikan dan ianya adalah tidak benar sama sekali.

Keluarga diraja Johor telah menafikan perkara berkenaan selain menyifatkan artikel dan isu yang dikeluarkan itu sebagai satu ‘serangan’ yang berniat jahat.

Keluarga Diraja Johor amat kecewa terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan khabar angin tidak berasas tentang kehidupan peribadi mereka.

Dalam satu kenyataan kepada Pejabat Media Diraja Johor, Tunku Aminah menyuarakan rasa kurang senang terhadap khabar angin yang disiarkan di media sosial mengenai rumah tangganya.

Ini termasuk dakwaan mengenai ‘urusan perniagaan’ membabitkan produk penjagaan kulit dan pelangsingan.

Ini kenyataan rasmi dari Tunku Aminah:

“Saya dan suami berbahagia, bertentangan dengan apa yang dikatakan menerusi khabar angin.

“Saya juga tidak menyokong mana-mana produk seperti yang ditulis oleh pihak tidak bertanggungjawab ini yang menggunakan nama saya untuk meraih perhatian,”

Kenyataan penafian berhubung dakwaan membabitkan Tunku Aminah dan suami, Dennis.

Halaman Facebook The Royal Johor pada malam Rabu turut memuat naik paparan artikel berkenaan kononnya Tunku Amin mempertimbangkan untuk mengakhiri hubungannya bersama Dennis.

Menurut kenyataan itu juga, aduan dilaporkan kepada laman sosial Facebook tidak mengambil tindakan serta-merta.

“Keluarga Diraja Johor berharap tindakan segera akan diambil oleh Facebook untuk menarik kandungan berniat jahat, sejajar dengan ikrar syarikat itu untuk memastikan berita palsu ditangani dengan tegas,”

Ini kenyataan rasmi dari FB The Royal Johor:

STATEMENT ON RUMOURS ABOUT TUNKU TUN AMINAH’S MARRIAGE

The recent spate of rumours circulating on social media regarding HH Tunku Tun Aminah’s marriage to Encik Dennis Muhammad Abdullah being on the rocks are malicious and untrue.

The Johor Royal Family are upset that irresponsible parties are spreading these baseless rumours about their personal lives.

In a statement to the Royal Press Office, HH Tunku Aminah voiced her displeasure at rumours circulating on social media about her marriage as well as alleged ‘business dealings’ with skincare and slimming products.

“My husband and I are happy, contrary to what the rumours say.

“I have also not endorsed any product as written by these unscrupulous people who are out to use my name in order to get attention,” she said.

Complaints lodged with Facebook have also not been acted upon promptly.

The Johor Royal Family hopes that immediate action will be taken by Facebook to take down the malicious content, in line with the company’s pledge to ensure fake news is dealt with sternly.

Tunku Aminah yang merupakan puteri tunggal Sultan Johor mendirikan rumah tangga dengan Dennis, seorang warganegara dari negara Belanda pada 14 Ogos 2017.

Baca lebih lanjut: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here