Ketua Jin Ganggu Lombong Puchong Ditangkap, Pendedahan Team Rawatan Ilahana

Insiden yang melibatkan enam anggota bomba terkorban pada minggu lalu ternyata mengejutkan ramai orang dan menjadi bualan ramai.

Turut menarik perhatian ialah kenyataan sebuah laman Facebook yang mendakwa tragedi itu berpunca daripada gangguan jin di lombong tersebut. Mereka menggelarkan diri mereka di Facebook dengan nama “Rawatan Ilahana” dan dikatakan mereka ini pakar tangkap jin.

Ini penulisan dari FB Rawatan Ilahan tentang kes bomba lemas ini:

Apabila dapat berita kematian 6 org ahli Bomba yg brtugas mencari mayat bdk lemas tu, kami yakin mesti ada gangguan jin disitu. Maka, kami terus mencari jin-jin yg ganggu itu. Alhamdulillah, kami dapat tangkap jin2 yang ganggu operasi itu.

1) Rupa ketua jin : tinggi..pakaian hitam..rambut hitam pnjang
2) Ditangkap dimana : dlm badan mayat budak tu
3) Agama ketua : tiada
4) Umur ketua : 11 juta thun
5) Jumlah gengnya : 14 juta ekor
6) Jin2 ni dtg dari mana: tapak lombong

Kesemua jin itu telah dikurung dalam penjara khas (bukan dalam botol ye ). InsyaaAllah kesmua jin itu takkan terlepas, kerana mereka akan sentiasa dipantau. Allah Akbar!

Hasil dialog dgn ketua jin tu….ketua jin tu mengatakan bahawa dia suka pada budak itu. Sebab budak itu suka merayau. Dia memanggil budak itu dan budak itu seperti terdorong datang ke situ dan seperti ditarik dan jatuh ke dalam lombong itu. Mayat budak itu ditarik oleh jin-jin itu dan dibawa ke rumah ketua jin itu. Sekitar situ ada satu pokok besar dimana akar bawahnya besar. Disitulah rumah ketua jin ini dan disitulah mayat budak itu disimpan.

Apabila 6 anggota bomba tu terjun ke dlm lombong, maka jin2 ini menganggu anggota bomba itu dgn menutup pandangan mata mereka. Maka mereka tak nmpak dan tercari-cari utk naik ke atas. Oleh kerana tidak nampak untuk keluar, maka mereka lemas akhirnya didalam air lombong itu.

InsyaaAllah, mayat budak itu akan ditemui juga nanti sebab jin2 tu dah ditangkap. Mayat itu akan timbul nanti…insyaaAllah.

Begitulah jahatnya jin-jin ini yang mengakibatkan kematian budak itu dan anggota bomba.

Sekian, semoga semua memahami keadaan yang sebenar. Semoga roh-roh anggota bomba itu ditempatkan dikalangan orang yg syahid kerana menolong orang lain. Allah Akbar !

Menerusi laporan dari mStar, salah seorang pengendali Rawatan Ilahana ialah lelaki berumur 45 tahun iaitu Sa’ad Jaafar. Dia akui berasa pelik sebaik sahaja membaca berita mengenai kematian enam anggota bomba yang maut sekaligus ketika melakukan usaha menyelamat walhal merek aini merupakan pakar penyelamat. Oleh kerana merasakan ada yang tak kena, Sa’ad fokus untuk mencari penyebab insiden itu.

Sa’ad mendakwa pihaknya berjaya mengesan jin sebelum menangkap ketua dan ahli-ahlinya pada malam itu sebelum mereka disimpan dalam satu ‘penjara khas’ yang berada di alam ghaib.

Tambahnya lagi, dia turut menyoal jin yang ditangkap bagi mengetahui apa sebenarnya yang berlaku ke atas enam anggota berkenaan.

Ini kenyataannya:

“Malam itu kami duduk berzikir dan fokus mencari apa-apa gangguan yang menjadi penyebab insiden itu”

“Selepas tangkap ketua jin dan semua geng mereka, kami ikat, buang ilmu yang ada pada jin-jin itu kerana kalau ilmu itu tak dibuang, mereka boleh hilangkan diri dan lari.

“Kami ‘belasah’ cukup-cukup ketua jin itu hingga ia tak bermaya dan selepas itu kami buat soal siasat. Saya tanya apa yang mereka lakukan pada anggota yang terkorban. Jin itu berkata, mereka menutup pandangan mata enam anggota tersebut sehingga tidak dapat melihat sebelum dibawa ke pusaran air dan lemas”

Dalam pada itu, Sa’ad berkata setiap manusia juga mempunyai jin mereka tersendiri. Malah dakwanya, gangguan jin tidak boleh dielak melainkan mereka ditangkap dan diusir seperti mana yang dilakukan oleh perawat-perawat lain.

“Jin ada di mana-mana, semua orang pun ada jin yang ganggu. Jin tapak rumah, jin saka keturunan, memang banyak. Jadi cara paling baik ialah jin itu perlu ditangkap dan dikurung di penjara khas, barulah selesai masalah.

“Bagi yang dah tak ada jin ganggu, untuk elakkan diganggu yang lain pula, kena dekatkan diri pada Allah dan tinggalkan apa yang dilarang agama”

Mengulas mengenai tangkapan jin melibatkan kes bomba tempoh hari, Sa’ad berkata, dia dan seorang lagi rakannya, Mohd Azim Adam, 47, melakukannya dengan seikhlas hati sahaja.

Bagi rawatan persendirian, dia biasanya mengenakan bayaran sekitar RM200 ataupun dengan bayaran yang termampu sahaja bagi mana-mana individu.

Berhubung respon berbelah-bahagi mengenai dakwaannya di laman Facebook, Sa’ad mengakui tidak terkesan kerana faham masyarakat di negara ini yang pada pandangannya, kurang ilmu mengenai alam ghaib.

Biasalah masyarakat kita. Tak ada ilmu tapi nak condemn yang bukan bidang mereka.” – katanya lagi.

Itulah sedikit sebanyak tentang kisah penemuan jin oleh team ‘Rawatan Ilahana’ ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here