Ketiak Sharifah Sakinah habis kena kutuk kedut, hitam..

Sharifah Sakinah seorang yang amat penting soal kecergasan dan juga kesihatan. Ianya amat sinonim dengan pelakon ini apatah lagi dengan memiliki bentuk badan idaman walhal sudah ada anak satu.

Namun pelakon ini mendedahkan sebelum ini dia pernah mempunyai badan yang gemuk dan berjaya menguruskan badan dengan melakukan kardio dan mengamalkan diet dengan cara berpuasa selama 16 jam dan menikmati makanan lapan jam seterusnya.

Namun, ada bahagian lain yang sering jadi perhatian netizen iaitu bahagian ketiak apatah lagi Sharifah Sakinah suka berpakaian tanpa lengan.

Pemilik nama sebenar Sharifah Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired ini berkata senaman dan diet tersebut telah menyebabkan kulit berlebihan di bahagian ketiak dan perut sukar untuk dihilangkan.

Ini komen Sharifah Sakinah:

“Ini kisah sebenar. Dulu saya gemuk (tak pernah tangkap gambar). Untuk turunkan berat saya banyak buat kardio (berlari) jadi kurus secara mengejut beserta intermitten fasting.

“Ya memang akan cepat turun. Jadi bila dah kurus, kulit saya yang berlebihan susah betul nak hilang (ketiak, perut semua gelebeh).

“Nak kurus senang sangat. Nak fit tu yang susah! Terutama awak tak ambil makanan tambahan dan buat secara semula jadi”

Sharifah Sakinah mendedahkan perkara tersebut di laman Instagramnya selepas foto dia yang memperlihatkan bahagian ketiak menjadi bahan kutukan netizen.

Pelakon ini juga mahukan untuk memiliki otot seperti jurulatih namun ia memerlukan latihan yang kerap dan pengambilan kolari yang betul.

Menurut Sakinah, biarpun sudah berjaya kuruskan badan dan menjaga pemakanan namun dia ingin lebih fokus untuk memiliki badan yang cergas tanpa perlu melakukan pembedahan.

Ini jelasnya lagi:

“Saya harap saya ada otot seperti jurulatih lain. Ia merupakan campuran genetik, gaya latihan, tujuan, kekerapan dan pengambilan kalori. Tidak hanya satu perkara.

“Saya berjaya kurus dan jaga makan. Tapi sekarang tujuan saya untuk fit! Jom buat sama-sama nak? Malu apa semua orang. Asalkan semula jadi tak buat pembedahan,”

Itulah komen Sharifah Sakinah tentang bentuk ketiaknya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here