Kesilapan Safura Di Atas Pentas GV5 Bawa Padah

Selain ABPBH kali ke-31, satu lagi rancangan hiburan yang dinanti ramai ialah Gegar Vaganza musim ke-5. Semalam telah berlangsung GV5 untuk meinggu kedua dengan para peserta akan menyanyikan lagu peserta lain.

Akhirnya, penyanyi berpengalaman iaitu Safura Ya’cob menjadi peserta pertama yang tersingkir di konsert kedua Gegar Vaganza 5 (GV5) yang berlangsung malam tadi.

Pada malam itu, Safura yang menyampaikan lagu Diari Biru nyanyian asal Maya. Berkata tentang punca markahnya amat rendah, Safura mengakui dirinya melakukan kesilapan ketika menyampaikan lagu tersebut.

“Saya akui saya ada buat beberapa kesilapan dari segi tempo ketika menyanyikan lagu terbabit. Saya sudah mencuba yang terbaik untuk menghiburkan semua. Saya terlepas fokus kerana ada pertukaran susunan muzik di saat akhir dan berlaku beberapa kesilapan teknikal bercampur dengan perasaan gugup.

“Namun begitu, saya reda dengan keputusan ini. Sudah tertulis rezeki saya hanya di sini di GV5. Terima kasih kepada pihak produksi yang memberikan saya peluang sebegini. Terima kasih juga kepada suami, keluarga dan peminat yang tidak berhenti menyokong dan memberikan kata semangat,” katanya.

Dalam pada itu, Safura akui kecewa kerana tersingkir awal, dan tambahnya, dia masih belum tunjukkan kemampuan yang sebenar di atas pentas itu. Ini komennya lagi:

“Saya kecewa bukan kerana saya tak menang GV5, tetapi kerana saya keluar sebelum saya sempat menonjolkan kebolehan untuk menyanyikan lagu lain. Saya rasa saya sudah kecewakan peminat yang menyokong, tetapi saya berharap agar peminat yang kecewa itu tidak putus asa untuk menyokong saya di luar nanti, Insya-Allah”

Noryn Aziz yang membawa lagu Trauma nyanyian asal Elite, menjadi peserta yang mempunyai markah tertinggi pada malam itu diikuti penyanyi dangdut Amalina yang menyanyikan lagu Zamani.

Bersiaran selama lapan minggu, GV5 boleh disaksikan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here