Kes Positif Pertama #COVID19 Hospital Laguna Pantai Merbok Ditutup 22hb & 23hb

0
2106

Hospital Laguna Pantai Merbok Ditutup pada 22hb dan 23hb mac ini ekoran susulan kes positif pertama @covid19 di premis terbabit. Proses penutupan ini dilakukan bagi proses nyahvirus menyeluruh susulan penemuan kes positif #Covid_19 pertama di premis itu.

Kes melibatkan seorang wanita berusia 30 tahun yang tidak mendedahkan maklumat terperinci ketika proses pemeriksaan saringan dijalankan di hospital itu. Wanita itu dimasukkan ke wad bagi tujuan kelahiran anak mengikut proses biasa.

Bagaimanapun, wanita itu mula menunjukkan simptom demam  selepas melahirkan anak. Pemeriksaan lanjut mendapati wanita itu tinggal bersama ahli keluarga yang telah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling di Kuala Lumpur dan disahkan positif Covid-19.

Semua tempat yang dilawati pesakit ini telah di nyahvirus mengikut garis panduan. Proses mengenalpasti kontak dilakukan melibatkan semua staf yang berurusan dengan pesakit, dan ditempatkan dalam kuarantin. Pemeriksaan keatas staf kemudian disahkan negatif jangkitan Covid 19.

Hospital itu telah mengikuti setiap garis panduan susulan dan memindahkan pesakit ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here