Kes ledakan bom Masjid, 62 hilang nyawa ketika solat

Insiden melibatkan letupan boom di masjid bukan lagi berita baru yang kita dengar tambahan pula jika keadaan di sesetengah negara yang sedang bergolak.

Afgahanistan umumnya merupakan neraga yang sedang dan sering bergolak dengan peperangan. Terkini, dilaporkan bahawa majid telah diletupkan ketika Jemaah sedang mengerjakan solat jumaat.

Kejadian tersebut dilaporkan terjadi di timur Afghanistan dan disebabkan oleh letupan tersebut ia telah merobohkan bumbung masjid tersebut.

Disebabkan insiden malang itu telah meragut seramai 62 nyawa setakat ini yang dilaporkan oleh BBC. Malah dikatakan mangsa yang maut kini semakin meningkat.

Sepasukan penyelamat serta orang awam sedaya upaya menolong mencari dan menyelamatkan mangsa serta mayat dari runtuhan masjid itu.

Kenyataan daripada gabenor wilayah Nangarhar, Attaullah Khogyani berkata bahawa bom memang sudah sengaja diletak dalam masjid di kawasan Jawdara di distrik Haska Mena.

Kenyataan rasmi dari gabenor Nangarhar Attaullah :

“Apabila saya tiba di tempat kejadian, orang cuba mengeluarkan mayat dan cedera yang terperangkap di bawah bumbung yang jatuh. Orang yang menggunakan mesin penggali masih berusaha untuk mengeluarkan mayat dan cedera dari bawah bumbung”.

“Ia adalah satu kejadian menyayat hati yang saya saksikan”.

“Jenayah puak Taliban mensasarkan orang awam ketika mereka solat”

Lebih parah apabila tiada seorang pun yang bertindak menunut atas insiden yang meragut banyak nyawa.
Menurut kerajaan lagi mereka mendakwa bahawa insiden tersebut telah dilakukan oleh pemberontak Taliban yang mahu mengembalikan undang-undang islam yang ketat.

Kenyataan daripada presiden daripada pihak istana oleh Sediq Sediqqi menyifatkan bahawa ia adalah kejaduan serangam boom bunuh diri. Dijangka lebih banyak nyawa dan mangsa yang terkorban akibat letupan boom tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here