(UPDATE) Kes Tebusan Di Sabah: Polis Tembak Mati Suspek Setelah Cuba Campak Budak Dua Tahun

Seorang kanak-kanak perempuan telah dijadikan tebusan oleh seorang lelaki di sebuah apartmen, dekat Telipok, Sabah pada petang Ahad.

Dalam kejadian mendebarkan itu, polis akhirnya berjaya menyelamatkan kanak-kanak perempuan berusia dua tahun itu selepas menembak mati suspek dengan beberapa das tembakan di lokasi kejadian.

Kanak-kanak perempuan itu kemudian di hantar ke hospital berkenaan menggunakan ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Kini setelah diselamatkan mangsa berkenaan berada dalam keadaan stabil.

Pengarah Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas Dr Tan Bee Hwai berkata kanak-kanak perempuan berkenaan kini sedang menjalani rawatan pakar.

“Kanak-kanak tersebut dalam keadaan stabil dan sedang dalam rawatan pakar,”

Ahli keluarga kanak-kanak perempuan yang ditawan oleh seorang lelaki dalam kejadian di sebuah unit di tingkat empat pangsapuri di Telipok di sini menafikan insiden tersebut bermotifkan dendam.

Nenek kanak-kanak tersebut, Sharmala Mohd Akhir berkata, suspek terbabit tidak dikenali oleh pihak keluarga dan mengetahui tentang cucunya diculik selepas melihat orang ramai berkumpul di kawasan tersebut.

“Kami tidak kenal langsung dan tidak pernah nampak lelaki itu,” itulah antara komen dari nenek kepada mangsa.

Sementara itu, ibu saudara mangsa, Nor Fatihah Nasir pula berkata ketika kejadian, ibu kanak-kanak tersebut berada di dalam rumah.

“Si ibu hanya tahu anak diculik selepas diberitahu oleh jiran,”

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata tindakan menembak suspek diambil selepas lelaki terbabit cuba mencampak kanak-kanak tersebut dari tingkap dapur unit kediaman berkenaan kira-kira 5.32 petang tadi.

Mengulas kejadian itu kepada pemberita di lokasi kejadian, Omar berkata terdahulu polis menerima laporan seorang kanak-kanak perempuan diculik seorang lelaki tidak dikenali pada 4 petang.

Sumber- Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here