Kecoh tentang satu kes melibatkan seorang remaja autisme yang dihadapkan ke mahkamah gara-gara terpegang dada seorang perempuan di tempat awam. Ibu kepada remaja autisme tersebut tampil menunjukkan kerisauan kerana anaknya autisme di tahan di lokap.
Ibu remaja berkenaan memberi sokongan dan menenangkan anaknya. Ternyata dia kecewa dan memberitahu anak lelakinya itu dikurniakan dengan tahap pemikiran terhad. Malah, anaknya itu masih tidak dapat memahami punca dia ditahan di lokap.
Ibu kepada remaja autisme ini bernama Hasnah Abdul Rahman dan anaknya itu bernama Ahmad Ziqri. Hasnah berharap agar pihak polis memberi layanan dan kendalikan anaknya itu dengan cara berbeza, tidak seperti pesalah lain.
Ini kenyataan ibu remaja berkenaan:
“Saya tidak menyalahkan pihak polis, juga tidak salahkan pengadu. Meletakkan diri saya dalam situasi yang dialami wanita berkenaan, tentunya ia sesuatu yang menakutkan, terutama apabila mereka tidak didedahkan dengan autisme, malahan anak saya pula kelihatan seperti pemuda normal.
“Kita perlu tangani perkara ini dengan betul dan polis juga harus lebih banyak berinteraksi dengan pihak yang mempunyai pengalaman dalam hal ini supaya mereka lebih faham bagaimana untuk mengendalikan kes seperti ini.
“Saya tidak kisah jika polis mahu melakukan ujian darah atau kesihatan kerana kami boleh membawanya. Sebaik sampai ke rumah dari mahkamah, dia tidak mahu menukar pakaian dan makan.
“Dia pintar tetapi ia gunakannya untuk sesuatu yang tidak membantu dirinya dalam kehidupan harian. Memorinya juga bagus tetapi tidak dapat mengikat tali kasutnya sendiri. Mungkin bagi yang normal ia sesuatu yang biasa tetapi bagi dirinya ia satu cabaran walaupun untuk mengikat tali kasut.
Tidak dimaklumkan samada pihak polis mempunyai SOP tersendiri terhadap golongan OKU ini. Sementara itu, pihak polis memohon tempoh reman selama empat hari tetapi ditolak majistret, sebelum Ahmad Ziqri dibebaskan.
Ibu kepada remaja autisme ini berkata lagi anaknya itu mengalami perubahan perlakuan setelah membawa Ahmad Ziqri pulang. Remaja ini telah diberi khidmat kaunseling dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.