Kerajaan Bersetuju Agihkan Topeng Muka Kepada Rakyat Secara Percuma – Tan Sri Muhyiddin Yassin

0
1431

Perdana Menteri Malaysia hari ini bersetuju untuk memberi topeng muka secara percuma kepada rakyat ekoran penularan wabak virus covid-19.

Pengagihan itu merupakan sumbangan dari pihak kerajaan dalam menangani isu wabak COVID19 kepada rakyat.

Menurutnya lagi, 10 juta topeng muka diimport dari china untuk dibawa masuk ke Malaysia di mana arahan telah dikeluarkan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara(NADMA) untuk membawa masuk topeng muka tersebut.

Sementara bekalan (oleh pengeluar tempatan) belum sampai tahap memuaskan, kita ambil keputusan untuk mengimport dari China sebanyak 10 juta keping, yang patutnya dapat diusahakan dengan segera.

Selain itu, perdana menteri juga berharap pengeluar tempatan terus membekal topeng secara mencukupi walaupun mereka menghadapi kekangan dari negara luar untuk mendapatkan bahan mentah.

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here