Penyanyi legenda, Amy dari kumpulan Search telah memuatnaik foto seorang wanita dan mendakwa individu berkenaan sedang mencari mangsa untuk menipu. Melalui insta stories miliknya, Amy Search sedang mencari mana mana pihak yang mengenali wanita berkenaan yang dikenali dengan nama Azni.
Dari pendedahan Amy Search, wanita tersebut dipercayai terlibat dalam satu penipuan pelaburan wang haram. Wanita bersama beberapa rakannya telah mewujudkan satu skim pelaburan yang disifatkan langsung tak masuk akal.
Ini pendedahan dari Amy Search tentang hal ini:
“Minta tolong sesiapa yang kenal minah pengkid ini, DM (mesej peribadi) aku. Dia and the gang buat skim penipuan investment RM1,000 dan RM1 juta. Kepala otak dia. Jangan percaya dengan skim ini, sesiapa yang pernah terkena sila DM aku.
“Mohon pihak berkuasa siasat dan jangan jadikan orang Melayu kita mangsa sindiket kumpulan wang haram yang berleluasa. Awas… hati-hati dengan skim ini”
Ini pendedahan dari Amy Search:
Amy Search meminta mana-mana individu yang pernah menjadi mangsa penipuan skim tersebut supaya segera menghubunginya.
Penyanyi ini berharap pihak berkuasa menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap kegiatan tersebut. Diharap orang ramai di luar sana berhati-hati denagn skim seperti ini seperti yang disarankan oleh penyanyi ini.
Sumber: Instagram Amy Search