Kepala Mangsa Kerat 8 Ditemui Atas Syiling Rumah

Jika anda mengikuti perkembangan kes menyayat hati apabila dua mayat dibunuh kejam dengan dikerat secara 8 bahagian di Melaka baru-baru ini telah pun ditemui.

Mangsa yang merupakan ibu dan anaknya dibunuh kejam oleh suaminya sendiri dan dikerat 8 bahagian serta dibuang di kawasan perindustrian Krubong, Melaka.

Mangsa yang berusia 27 tahun dan 11 tahun itu dikatakan dibunuh dirumah manakala mayatnya dibuang di kawasan tersebut.

Pihak polis yang giat menjalankan siasatan bagi mencari bahagian kepala kedua-dua mangsa berhasil apabila ia ditemui di atas siling di Taman Merdeka Jaya, Batu Berendam, Melaka.

Dikatakan bahawa bahagian kepala kedua-dua mangsa berada tersorok atas siling ditemui lebih kurang 8 malam Jumaat lepas.

Kenyataan dari pihak polis :

“Kedua-dua bahagian kepala mangsa ditemukan di atas loteng rumah dua tingkat yang didiami mangsa bersama suaminya”.

“Keluarga mangsa juga hadir ke Jabatan Forensik Hospital Melaka, malam kelmarin (Sabtu), untuk pengesahan,”

“Bahagian tangan belum dijumpai dan ia masih dicari dalam melengkapkan bahagian badan yang lain”.

“Ia difahamkan dibuang ke dalam tong dan kemudiannya diangkut oleh pihak ditugaskan untuk dibuang selain sudah lama,”

Pihak polis juga memberitahu bahawa pihak mereka sedang giat menjalankan proses bagi mencari tangan mangsa yang dipercayai dikerat dan dibuang dalam tong sampah.

Kejadian menyayat hati dan tidak berperikemanusian itu mengemparkan penduduk disini pada Khamis lalu.

Keratan bahagian badan kedua-dua mangsa itu telah ditemui secara tidak sengaja oleh pekerja pemotong rumput yang kebetulan berada di kawasan tersebut.

Akibat daripada penemuan bahagian tubuh badan yang dikerat 8 itu, pihak polis telah pun berjaya menahan suspek utama yang juga merupakan suami wanita malang itu.

Semoga kedua-dua arwah ditempatkan dengan orang-orang yang beriman.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here