KENYATAAN RASMI: Datuk Lee Chong Wei Sah Hidap Kanser Hidung

0
4825

Pemain legenda badminton berstatus No.1 tanah , Datuk Lee Chong Wei diberikan satu khabar yang agak mengejutkan. Lee Chong Wei disahkan menghidap kanser hidung peringkat awal.

Perkara ini dikhabarkan sendiri oleh Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Lee Chong Wei yang merupakan pemenang tiga pingat perak Sukan Olimpik itu sedang menjalani rawatan di Taiwan.

Ini kenyataan BAM: “Chong Wei sedang menjalani rawatan di Taiwan dan berada dalam keadaan baik. Kami berharap semua pihak terus memberikan sokongan kepadanya dan menghormati privasi pemain serta keluarganya buat masa sekarang”

Pada mulanya Lee Chong Wei dikatakan mempunyai masalah pernafasan, sebelum doktor kemudian mengesahkan dia menghidap penyakit tersebut.

Setiausaha Kehormat BAM, Datuk Ng Chin Chai memberitahu, Chong Wei akan pulang ke tanah air dalam tempoh dua minggu lagi selepas menjalani rawatan di luar negara kerana mengalami masalah pernafasan.

Chin Chai, yang tidak mendedahkan lokasi di mana Chong Wei berada bagaimanapun hanya berkata, proses rawatan pemain berusia 36 tahun itu berjalan baik selepas berkesempatan melawatnya baru-baru ini.

“Rawatannya dijangka selesai minggu depan. Seperti semua tahu, Chong Wei menjalani rawatan di luar negara dan dijangka pulang dalam tempoh dua minggu lagi. Dia masih perlu berehat selama sebulan sebaik kembali dan selepas itu doktor akan memantau serta memaklumkan sama ada dia boleh bermain semula”

Masalah pernafasan yang dialami Chong Wei menyebabkan dia terpaksa menarik diri daripada Kejohanan Dunia di Nanjing serta Sukan Asia Jakarta-Palembang bulan lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here