Kenyataan Nora Danish Apabila Tampil Dengan Imej Botak

Memang gempar dunia hiburan tanah air apabila salah pelakon paling berpengaruh di Malaysia iaitu Nora Danish dilihat tampil dengan imej berkepala botak licin. Pelakon ini telah memuat naik gambar dengan penampilan berkepala botak menerusi laman sosial Instagram miliknyanya semalam dan terus menjadi viral.

Ramai yang tertanya-tanya kenapa Nora Danish tampil botak. Nora Danish menjelaskan perkara berkenaan dan menyatakan bahawa dia sedang menjayakan satu telemovie berjeudul Hingga Jumpa Lagi dan membawa watak Eva yang merupakan seorang pesakit kanser rahim tahap empat.

Selalunya, pesakit kanser yang berkepala botak adalah akibat dari kesan membuat kemoterapi.

Ini komen Nora Danish:

“Memang teruja apabila diberitahu watak Eva ini memerlukan saya untuk botak. Malah bukan mudah untuk melakonkan watak Eva ini. Banyak main emosi dan watak yang cukup berat.

“Tapi sebagai pelakon, saya memang suka membawa watak berat dan mencabar. Kena banyak bermain dengan jiwa. Walaupun (watak) berdepan ujian tetapi kena positif.

“Saya harap dengan watak Eva ini, pesakit kanser sedikit sebanyak mengambil kekuatan daripada telemovie tersebut. Teruskan kehidupan dan saya doakan anda semua kuat”

Nora Danish menulis di laman IGnya bahawa dia seadng berlakon naskah hebat berjudul Hingga Jumpa Lagi lakonan bersama Kamal Adli.

Ini tulisnya di IG:

“Saya Eva, saya ada cancer rahim stage 4. Saya redha dan saya beruntung mempunya suami yg sangat penyayang…. Tapi , saya tak nak dia terus begini , saya tak nak menyusahkan dia. ???Kalau boleh , Saya nak turn back time , biar dia tak jumpa dengan saya. Biar dia Kawin ngan org lain…. saya taknak dia terseksa”

Telemovie Hingga Jumpa Lagi yang diterbitkan KL Motion Pictures itu bakal ditayangkan di Astro dan turut dibintangi pelakon Kamal Adli serta mendapat sentuhan pengarah, Wan Hasliza.

Semeblum ini, pelakon hebat Sharifah Amani pernah membotakkan kepalanya demi watak Rohani dalam filem Muallaf sekitar 2007.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here