KENYATAAN MEDIA: Pengganas Mahu Serang Melaka, Pulau Pinang Ditangkap Polis

Ada pihak pengganas mahu membuat serangan di tempat maksiat sekitar negeri tumpuan pelancong iaitu Melaka dan Pulau Pinang. Seramai 10 individu suspek pengganas daripada dua sel baru dikenali kumpulan Asoib dan Ar Rayah Member yang ditahan Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman.

Tangkapan dibuat menerusi satu operasi di yang dibuat di negeri Selangor, Pahang, Johor, Terengganu, Melaka, Kelantan dan Pulau Pinang pada 11 sehingga 31 Ogos tahun ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, selain merancang melancarkan sera­ngan, kesemua individu terbabit dikatakan mahu menyertai kumpulan pengganas di sebuah negara Asia Barat.

Tangkapan pertama membabitkan kumpulan Asoib atau dikenali sebagai ‘Pemuda dari Timur’ itu, lima lelaki ditahan di sekitar Selangor, Pahang, Johor dan Terengganu. Katanya, kumpulan itu telah merancang untuk bergabung dengan satu lagi kumpulan dari negara Asia Barat sebelum menyerang sebuah negara bersempadanan dengan negara tersebut.

Ini antara isi kandungan kenyataan pihak polis:

“Hasil siasatan lanjut, seorang daripada anggota Asoib berlepas ke negara berkenaan bagi membuat persiapan serta menyelaraskan operasi serangan. Selain itu mereka juga akan dibekalkan pelbagai senjata sejurus tiba di sana.”

“Kumpulan itu juga memberi tafsiran salah terhadap hadis dengan mempercayai bahawa Imam Mahdi akan muncul di Mekah tahun ini seterusnya akan bergabung dengan tentera Iman Mahdi menyerang negara sekular dan menentang dajjal”

Ketua Polis kemudian memberitahu, dalam tangkapan kedua pula, seramai lima orang lelaki dan seorang daripadanya merupakan warga asing dari kumpulan Ar Rayar Member. Mereka telah ditahan pada 25 Ogos dan 31 Ogos lalu di negeri Melaka, Kelantan dan Pulau Pinang.

Suspek warga asing yang bekerja sebagai peniaga restoran itu merupakan suspek utama dengan merancang melancarkan serangan bom asap di tempat-tempat maksiat sekitar negeri Melaka.

Semasa tangkapan, didapati lima bom asap yang siap diproses dirampas dan dipercayai digunakan untuk menimbulkan rasa panik serta kegusaran kepada pengunjung pusat hiburan dengan harapan keadaan terbabit boleh mendatangkan kecederaan kepada orang awam.

Suspek utama terbabit turut menganggotai kumpulan pengganas dari semua negara Asia Tenggara yang bertindak mempromosikan perjuangan kumpulan tersebut.

Ini kenyataan penuh dari Ketua Polis Negara:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here