Kenyataan Balas Dari Mufti Pahang, Mufti Perak… Tegur Kenyataan Menteri

Kenyataan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mujahid Yusof Rawa tentang tak akan ada lagi “ketukan pintu di tengah malam atau pintu dipecahkan” oleh pegawai penguat kuasa agama jika menerima laporan khalwat memang mengejutkan ramai.

Akhirnya dua mufti telah tampil memebri respon tentang hal ini. kedua mereka ternyata terkejut dengan kenyataan dari menteri berkenaan.

RESPON MUFTI PAHANG

Mufti Pahang iaitu Datuk Seri Abdul Rahman Osman berkata, kenyataan seperti itu akan menyebabkan berlakunya lebih banyak kejadian khalwat di negara ini. Beliau berkata, kenyataan menteri itu akan membuka pintu kepada orang ramai untuk melakukan maksiat.

“Ini kerana tidak ada orang yang boleh mencegahnya. Saya nampak (kenyataan) beliau bercanggah dengan hadis Rasulullah. Rasulullah menyebut, sesiapa yang melihat perkara mungkar hendaklah dia mengubah dengan tangannya, kalau tak boleh dengan lisan, dan dengan lidahnya, kalau tak boleh dengan hatinya”

“Selama ini penguatkuasa tak pernah pergi ‘saja-saja’ ke rumah orang, nak siasat orang itu buat jahat ke tidak, tak ada. Dia (penguatkuasa) hanya (pergi) bila menerima aduan daripada orang ramai.

“Kalau dah ada orang buat maksiat dalam satu kampung, siapa yang nak cegah? Misalnya orang minum arak (atau) dia nampak orang berkhalwat di satu tempat… orang kampung tak boleh cegah sebab ia menjadi kesalahan?”

“Kalau tak ada aduan, penguatkuasa tak pergi. Selama ini rumah kita tak pernah penguatkuasa datang. Tak pernah, dari segi syarak pun tak boleh,”

Abdul Rahman juga berkata arahan yang dikeluarkan oleh Mujahid kepada penguat kuasa negeri berkenaan kesalahan khalwat itu juga tidak tepat. Mufti Pahang memebritahu, pihak yang boleh dan diberi kuasa untuk mencegah perbuatan yang bersalahan dengan undang-undang adalah penguatkuasa agama negeri.

“Beliau tidak boleh mengarahkan penguat kuasa agama mana-mana di negeri sebab itu bukan bidang kuasanya”

Katanya, Mujahid seharusnya faham bidang penguatkuasaan agama adalah kuasa negeri dan beliau tidak mempunyai kuasa ke atasnya.

RESPON MUFTI PERAK

Mufti Perak iaitu Tan Sri Harussani Zakaria terkejut dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mujahid Yusof Rawa berkaitan penguatkuasaan jenayah khalwat.

Katanya, undang-undang pencegahan maksiat yang dilaksanakan di negara ini sudah menjangkau lebih 50 tahun. Harussani berkata sebagai seorang menteri, Mujahid perlu lebih memahami mengenai undang-undang berkenaan. Mengulas lanjut, Harussani berkata amalan mencegah maksiat sepatutnya dilaksanakan di mana-mana kawasan sekali pun.

“Orang berkhalwat selalunya buat di tempat tertutuplah, kalau ada kesalahan (maksiat) di hotel boleh kita masuk, itu pencegah maksiat buat. Jadi kalau tak boleh tegah, biarlah orang buat maksiat, tak perlu undang-undanglah. Kita laksanakan undang-undang ini sudah lama, tiada masalah pun,”

“Kita yang salah jika kita tidak cegah, kita kena cegah maksiat di mana pun. Saya rasa kita jangan buat kenyataan di surat khabar tak tentu pasal mari kita bincang dahulu pergi ke jabatan agama, adakan mesyuarat macam mana, jadi kalau kita buat tak tentu pasal ia jadi celarulah”

tambah Mufti lagi, adalah lebih baik jika Menteri Mujahid panggil ‘orang agama’ untuk mengadakan perbincangan sebelum sesuatu kenyataan dikeluarkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here