Kenapa Watie Elite Tak Jadi Sertai Gegar Vaganza, Ini Puncanya

Anak didik KRU, kumpulan wanita terkenal era 1990-an, Elite bakal beraksi menerusi pentas Gegar Vaganza musim kelima (GV5) yang bakal bermula pada 30 September ini. Ramai peminatnya teruja untuk menyaksikan aksi lincah penyanyi Elite di pentas pertandingan itu.

Namun, disahkan hanya tiga anggota asal Elite yang bakal beraksi, tiada kelibat Watie Sadali menyertai tiga lagi rakannya, Azza, Sasha Saidin dan Linda Rafar di pentas Gegar Vaganza. Ramai yang tertanya-tanya punca Watie tidak menyertai mereka.

Azza mewakili kumpulan Elite telah menjelaskan Watie sepatutnya menyertai mereka namun ada keadaan yang tidak dapat dielak. Wati tidak serta Gegar Vaganza kerana jadual lakonannya yang bertindih dengan jadual Gegar Vaganza menyebabkan dia tidak dapat memberikan komitmen.

Ini komen Azza:

“Memang asalnya Watie mahu menyertai kami semua malah dia cuba untuk menyusun semula jadualnya tetapi nampaknya rezekinya bukan bersama kami. Projek drama yang dia sedang berlakon melibatkan episod panjang dan ramai pelakon lain, jadi dia perlu menghormati masa orang lain kerana sedar tidak akan dapat memberikan komitmen sepenuhnya. Sebelum mendatangkan masalah lain atau ada orang cakap belakang dia terpaksa menarik diri untuk bersama-sama kami di GV5 namun tetap menyokong kami”

Sementaar itu, seorang lagi ahli Elite iaitu Linda Rafar berkata, walaupun Watie tidak bersama mereka namun berjanji untuk melakukan terbaik demi mengubati rindu peminat yang ingin menyaksikan mereka kembali bersatu.

Ini komen Linda Rafar:

“Buat masa sekarang kami sedang memantapkan vokal selain giat melakukan latihan bagi mendapatkan stamina ketika di pentas. Alhamdulillah walaupun tanpa Watie setakat ini tiada sebarang masalah malah kami sudah tidak sabar untuk mengadakan persembahan,” katanya.

Sementara itu, Sasha berkata, mereka terbuka dan bersedia dengan sebarang kritikan yang bakal diberikan oleh pihak juri kerana ia untuk kebaikan mereka.

“Insya-Allah kami keras sebab semenjak di awal kemunculan kami dahulu sudah terbiasa kena dengan KRU… Mereka lagi garang! Kritikan itu pasti ada tetapi kita mesti positif kerana mungkin daripada teguran itu kami dapat memperbaiki diri”

Selain Elite, dua lagi kumpulan yang bakal berentap adalah Forteen dan pasangan duo, Billy Zulkarnain manakala peserta solo disertai oleh Amelina, Safura Yaakob, Noryn Aziz, Farawahida, Dia Fadilla, Hetty Sarlene, Maya, Zamani Slam dan Shafie Rio mewakili peserta lelaki.

Gegar Vaganza musim ke-5, siapa pilihan korang?

Akhirnya! Gegar Vaganza musim ke-5 bakal membuka tirainya bermula 30 September 2018, Ahad, 9 Malam di Astro Ria dan Ria HD.Korang sokong mana?

Posted by Rozita Che Wan & Zain Saidin on Friday, 21 September 2018

Ramai yang tak sabar nak tonton Gegar Vaganza.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here