“Kenapa macam bodo sangat? Suara Nabila Razali hancur teruk”

Penyanyi comel iaitu Nabila Razali kini meluahkan rasa sedih apabila ada segelintir netizen yang menggunakan perkataan-perkataan kasar untuk mengutuk nyanyiannya menerusi lagu yang baru dikeluarkan iaitu Vroom Vroom.

Ada komen mengatalan suara Nabila Razali amat teruk sehingga menggelarnya sebagai ‘bodoh’.

Ini komen seorang netizen:

(@nadiadnan_): “Suara Nabila Razali ni kenapa macam bodo sangat? Macam karok pun ada jugak kahkah. Gila dah kot boleh jadi artis.

Ini respon Nabila: “Maaf la suara saya mcm bodo. Ampun ya sis. Constructive comments is helpful. But not those words that my parents didn’t teach. Unless if yours did 🙂

(@dirasafie): “Ala siotnya lagu vrooom vroom ni. Lagu dah tak sedap. Suara nabila razali hancur teruk kau ingat tgh karok ke nynyi mcm tu! Stress bodo

Ini respon Nabila: “Tak suka takpe sis, mungkin genre ni bukan taste sis. Cuma mohon jaga bahasa tu skit ok. Tak manis.

Penyanyi yangsebelum ini viral dengan lagu Cumi Cumi Pematah Hati berkata dia boleh saja untuk terima sebarang kritikan negatif yang boleh membantu memperbaiki kelemahannya.

Akan tetapi, kalau ingin memberi komen, ianya hendaklah membina dan bukan dengan kata-kata kasar atau kata kesat.

Ini komen Nabila Razali (mStar)

“Kadang-kadang saya sedih juga tengok netizen yang komen dengan perkataan-perkataan kesat dan kasar ini. Bila buka IG mereka, muka baik dan ada keluarga.

“Tapi menggunakan bahasa kesat untuk kecam orang. Saya tak kisah dengan kritikan dan boleh terima komen negatif. Kalau tak boleh terima, lebih baik saya tak jadi penyanyi kan.

“Ni kata suara saya macam bodoh. Tapi suara bodoh tu macam mana? Kalau kata suara saya sengau, boleh la saya perbetulkan jadi lebih baik,”

Lagu Vroom Vroom merupakan single keempatnya dan Nabila Razali bersyukur kerana ianya sudah mencecah lebih 1.4 juta tontonan dan kini trending di YouTube.

Nabila Razali turut berterima kasih kepada semua yang menyokong biarpun dikecam dan masih ada segelintir yang tidak dapat menerima lagu tersebut.

Ini jelasnya lagi:

“Alhamdulillah, saya syukur sangat lagu tu dah jadi trending, sekarang nombor 3 kat Youtube selepas seminggu lancar. Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang sokong. Walaupun ada lagi segelintir yang tidak dapat terima lagu itu.

“Insya-Allah lama-lama mungkin mereka dapat terima. Mungkin disebabkan ia genre beza, jadi ambil masa untuk diterima baik.

Semoga sukses buat Nabila Razali.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here