Ayam merupakan makanan makanan paling popular dan kegemaran ramai. Setiap peminat ayam sudah tentu ada bahagian yang disukai, ada yang suka bahagian kepak, ada yang suka bahagian peha dan jangan tak percara ada juga yang suka bahagian kaki.
Kalau nak diikutkan memang harga kaki ayam ni ada dijual lambak dengan harga yang amat murah. Bahagian kaki ayan ni dikatakan paling sedap kalau masak kari ataupun sup kaki ayam. Ada juga yang suka makan kaki ayam goreng.
Kaki ayam ni ada kebaikannya yang tersendiri sebab tu ianya boleh dimakan dan dibenarkan buat mereka yang beragama Islam.
Ini antara khasiat kaki ayam yang ramai tak tahu.
1. Kaki Ayam Banyak Kolagen
Dalam sebuah kajian yang dilakukan oleh Fakulti Sains Haiwan Universiti Chung-Hsing di Taiwan, dikatakan bahagian kaki ayam mengandungi kolagen yang sangat tinggi. Kandungan kolagen alami pada kaki ayam hampir sama dengan kolagen yang banyak dijumpai pada sayuran hijau dan buah-buahan. Untuk pengetahuan Kolagen adalah salah satu bahan khas yang diperlukan kulit tubuh untuk mengekalkan keanjalan dan ketegangan kulit. Banyak lah anfaat kolagen ni, korang boleh baca dan google tentang kebaikan kolagen.
2. Kuatkan Sendi, Menurunkan Risiko Tulang Rapuh
Penyakit sakit sendi dan tulang rapuh biasanya banyak terjadi pada orang yang sudah berusia. Apabial umur semakin meningkat, tubuh tak boleh mendapatkan kalsium dan tulang sudah tidak boleh menyerap kalsium dengan baik. Kaki ayam terdiri dari kulit, tendon dan tulang dan kandungan kaki ayam yang kaya dengan protein, kalsium, tulang rawan dan kolagen boleh mudah diserap oleh tubuh. Nutrisi ini sangat penting untuk mengukuhkan struktur tulang dan boleh mencegah kerapuhan tulang apabila sudah lanjut usia.
3. Cepatkan Sembuh Kecederaan
Nutrisi yang dijumpai dalam kaki ayam adalah seperti protein dan kalsium. Kedua-dua nutrisi ini sangat penting untuk membantu menjana semula saraf, otot dan tulang manusia. Kajian yang sudah dilakukan oleh seorang penyelidik di Amerika mendedahkan bahawa potensi nutrisi tersebut boleh membantu menyembuhkan kecederaan. Walaupun keadaan kecederaan tulang belakang dipercayai boleh cepat sembuh dengan memakai makanan yang mengandungi kaki ayam.
4. Lancar Saluran Pencernaan
Bahagian kaki ayam yang banyak mengandungi jaringan ikat dan tulang rawan yang sangat lazat. Bahkan semua nutrisi seperti protein, kolagen, kondroitin dan Glucosamine juga akan larut apabila dimasak menjadi sup. Khasiat dari pelbagai nutrisi ini juga sangat baik untuk membuat pencernaan menjadi lebih sihat. Ini sekaligus membuatkan usus menjadi lebih lembut sehingga membuat saluran pencernaan anda menjadi lebih sihat.
5. Menjaga Kesihatan Kuku
Pati dari kaki ayam boleh menghasilkan asid amino, kolagen, glisin, hidroksipolin, dan prolin yang boleh membantu menjaga kesihatan kuku. Kaki ayam yang dimasak biasanya akan mengeluarkan cecair atau gel khas yang banyak mengandungi gelatin. Nutrisi ini membantu tubuh dalam mengolah kalsium dan diserap oleh kuku.
6. Kuatkan Gusi
Gusi adalah rangkaian kuat yang digunakan untuk menyokong gigi. Beberapa jenis penyakit gusi banyak disebabkan oleh masalah kesihatan gigi yang buruk. Namun boleh juga masalah ini ditimbulkan dari dalam tubuh. Kekurangan vitamin dan beberapa nutrisi lain juga akan membuat masalah pada gusi. Kaki ayam adalah makanan yang banyak mengandung nutrisi dalam jumlah yang sangat banyak. Ada jaringan ikat dan tulang rawan yang boleh berubah menjadi gel kerana mengandungi kolagen, asid amino, dan beberapa zat pembentuk gelatin. Kerana itulah semua zat ini akan memperbaiki keadaan kesihatan gusi.
7. Meningkatkan Sistem Imun Tubuh
Kaki ayam memang terkenal dengan semua nutrisinya yang sangat penting seperti kolagen atau zat pembentuk gelatin. Selain itu ternyata kaki ayam juga mengandungi pelbagai jenis mineral seperti zink, tembaga, magnesium, kalsium dan fosforus. Semua mineral ini diperlukan oleh organ tubuh untuk membina kesihatan dan mengatasi pelbagai jenis penyakit. Dengan pengambilan kaki ayam maka juga boleh meningkatkan sistem imun tubuh.
8. Membentuk Probiotik Semulajadi
Kaki ayam yang banyak mengandungi kolagen dan pelbagai jenis mineral lain ternyata juga boleh membentuk probiotik semula jadi. Agen gelatin yang banyak didapati pada cecair dari rebusan kaki ayam sangat baik dalam membentuk probiotik semula jadi. Probiotik akan membuat tubuh mampu membentuk imuniti semula jadi, menyihatkan usus dan mengatasi masalah saluran pencernaan.
9. Menyeimbangkan Hormon Tubuh
Kaki ayam juga menghasilkan beberapa jenis asid amino yang sangat baik untuk tubuh. Salah satu jenis asid amino yang dilepaskan dari kaki adalah arginin. Ini adalah jenis asid amino yang bermanfaat untuk tubuh. Salah satunya adalah membantu tubuh dalam melepaskan hormon yang menyebabkan perasaan tertekan dan stress. Bahkan arginina juga penting untuk menghasilkan hormon pembiakan baik untuk lelaki dan wanita.
10. Mencegah Kerosakan Rangkaian Tubuh
Manfaat kaki ayam yang terakhir adalah untuk menjaga kerosakan jaringan tubuh. Mempunyai rangkaian tubuh yang kuat memang sangat penting untuk kesihatan. Rangkaian ikat diperlukan untuk otot, tulang dan pelbagai jenis organ badan seperti hati, hempedu dan organ lain. Kaki ayam yang sudah dimasak akan mengeluarkan asid amino kumpulan glisin. Glisin mempunyai fungsi penting untuk mengukuhkan jaringan ikat tubuh, menjaga kesihatan organ tubuh, membantu tubuh dalam mengeluarkan racun-racun tubuh dan juga meningkatkan kualiti saraf sehingga dapat meningkatkan rasa selesa semasa tidur.
Walaupun banyak kebaikan, namun memasak kaki ayam tidak boleh dilakukan secara sembarangan. Kaki ayam hendaklah dimasak dengan sempurna untuk menghapuskan bakteria.
Ini antara cara masak kaki ayam:
-Ambil bahagian kaki ayam. Potong paras paha bawah sehingga yang tertinggal benar-benar kaki.
-Cuci dengan air bersih yang mengalir sehingga semua kotoran boleh keluar. Jika beli kaki ayam dari peniaga maka jangan terus memasaknya tapi cuci semula.
-Potong semua bahagian kuku kaki ayam untuk menghilangkan bahagian kaki yang kelihatan kotor dan menjijikkan.
-Rebus kaki ayam dengan air panas selama beberapa minit.
-Buang lapisan kulit keras pada kaki ayam. Lapisan kulit berwarna kuning harus dihilangkan untuk mengurangkan potensi bakteria dan kotoran yang memang tertinggal dalam kaki ayam
-Rebus sekalilagi bahagian kaki ayam dan masak sesuai dengan selera anda.
-Selalu gunakan kaki ayam yang masih segar dan baru dipotong dan jangan memasak kaki ayam yang sudah disimpan lebih dari 48 jam di dalam peti sejuk.
-Manfaat kaki ayam memang cukup banyak, namun pastikan anda memasaknya dengan cara yang benar. Kerana kaki ayam harus di cuci dengan bersih agar tidak menimbulkan bakteria yang berbahaya bagi kesihatan.