“Kenapa dengki sangat?” – Ada yang sakit hati santau Shima berniaga tepi jalan

Penyanyi popular era 1990-an iaitu Shima kini sedang diduga. Shima mendakwa, dia melalui dugaan sejak mengusahakan Warung Teringin di depan kediamannya di Apartmen Lestari, Damansara Damai.

Shima mendedahkan kesihatannya telah merosot, malah pernah tidak boleh bangun, selain perasaan malas menguasai diri. Malah dia juga alami mimpi buruk sejak kebelakangan ini dan atas nasihat kawan, Shima telah berubat secara tradisional.

Penyanyi lagu Teringin yang kini berumur 50 tahun, berkata, dugaan yang dilalui itu bukan kali pertama, kerana dia pernah sakit teruk ketika muncul dengan album kedua pada 1991.

Kerana masalah itu, Shima tutup kedai dan sudah tidak berniaga lagi sejak tiga minggu lalu.

Ini dedahnya:

“Saya bukan buka restoran besar, sebaliknya hanya berniaga warung tepi jalan. Kenapa ada yang dengki sangat?,”

“Pada awalnya, saya fikir mungkin kepenatan selepas berjam-jam terpaksa berdiri untuk memasak setiap hari. Namun, sepanjang berniaga, saya sering tidak sihat, selain dihantui mimpi ngeri.

“Memang pada mulanya, saya tidak mempedulikan perkara itu. Tetapi, saya tidak sedap hati apabila empat kucing yang dipelihara sejak 10 tahun lalu sakit dan mati mengejut, sedangkan semuanya sihat sebelum ini,”

“Simptom yang sama saya hadapi hari ini seperti tidak boleh bangun, kepala terlalu berat dan hanya mahu berkurung dalam rumah. Ia seolah-olah mahu menutup pintu rezeki saya.

“Lebih teruk, tulang belakang mula membengkak menyebabkan saya hanya terlantar. Tekak pula sentiasa mual, tetapi tidak muntah,”

“Saya tidak larat bangun, tetapi saya tidak mahu melayan tekanan. Jika terlalu diikutkan hati, nanti rumah tangga tidak terurus.

“Seorang teman baik ada membawa saya bertemu pengamal perubatan Islam. Alhamdulillah, sakit saya sudah berkurangan.

“Buat masa ini, biarlah saya berehat dulu kerana belum sembuh sepenuhnya. Memang saya trauma kerana tidak sangka, sampai tahap ini orang sakit hati melihat saya berniaga,”

Sumber: BH

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here