Kenapa buang macam ini? Kalau tak nak anak, nak buang anak.. carilah Abby Abadi

Selebriti popular tanah air, Abby Abadi telah merayu kepada mana-mana wanita yang terfikir untuk membuang bayi mereka akibat terlanjur supaya tak buat sedemikian tetapi lebih baik mereka menghubungi Abby Abadi.

Bekas pelakon Gerak Khas ini berkata, dia sentiasa bersedia memikul tanggungjawab sebagai penjaga bayi yang tidak dimahukan selain mampu untuk membantu mencari keluarga angkat untuk mereka.

Ini komen dari Abby Abadi:

“Kenapa tak cari saya? Cari saya kalau tak nak baby, sahabat!

“Saya usaha beri kehidupan yang terbaik untuk baby ini dengan mencarikan ibu-bapa yang sudi nak menjaga dia… Kenapa buang macam ini?

“Tolong, adik, kakak, makcik… Kalau tak nak baby, termengandung atau sebagainya, carilah Abby Abadi. Saya usahakan duit belanja untuk perbaiki keadaan juga… Please!”

Komen berkenaan ditulis oleh Abby Abadi di laman media sosial Instagram miliknya.

Abby Abadi ternyata telah terkesan dengan berita terbaharu pembuangan seorang bayi di sebuah surau pada Ahad.

Penyanyi dari kumpulan Elite ini memuat naik status itu selepas terbaca laporan tentang satu kes penemuan seorang bayi yang ditinggalkan di dalam sebuah kotak di sebuah surau di Kuala Lumpur pada Ahad lalu.

Diimbas kembali, pada bulan Jun yang lalu, Abby Abadi dan suami, Muhammad Faizal telah membuat keputusan untuk mengambil seorang anak angkat lelaki, yang bernama Muhammad Daiyan Fayyadh.

Pasangan itu kemudiannya mengambil seorang lagi anak angkat perempuan bernama Maisara Dayana Fathia yang kehadirannya disifatkan sebagai rezeki daripada Allah.

Abby Abadi sebelum ini mempunyai tiga cahaya mata lain hasil perkahwinannya dengan bekas suami, Norman Hakim iaitu Mohamed Danish Hakim, 15 tahun, Marissa Dania Hakim, 13 tahun, dan Maria Danisha Hakim, 10 tahun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here