Kena kecam sebab menari sakan di opening AME2019.. Ini respon Neelofa

Neelofa telah mencuri perhatian kerana membuat persembahan pembukaan di Anugerah MeleTop Era (AME2019). Pelakon dan pengacar ini telah menari di atas pentas membuat persembahan bersama Nabil dan juga Jihan Muse.

Memang kalau dilihat, persembahan pembukaan dari pengacara majlis berkenaan mendapat liputan meluas dan terus menjadi trending di laman medis sosial.

Terutama yang dikecam oleh netizen adalah Neelofa kerana dirinya seorang yang berhijab akan tetapi menari rancak di atas pentas.

Sudah lali kena kecam dan komen negatif, Neelofa telah ditanya tentang perkara ni.

Melalui portal MHETV, ini respon balas Neelofa:

Ini antara komennya:

“Saya kena buat open act dengan Nabil, kita kena buat tense battle. Kalau diikutkan saya dah pakai seluar dah besar baju pun dah besar, silhouette dari baju bukan body, itupun saya dah titik beratkan, dah plan awal-awal supaya tak de isu nampk ni nampak depan belakang.. tak”

“At least saya beranikan diri buat something different untuk orang enjoy dan saya enjoy atas stage”

“Saya harap apa yang saya buat tu beri keberanian kepada orang diluar sana, terutama perempuan yang berhijab boleh mula untuk express diri melalui menari. Itu satu cara untuk express yourself dan release stress”

Persembahan tarian Neelofa memang menjadi trending dan buaaln ramai ketika di AME2019.

Sumber: MHETV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here