Kena Cekup, Kantoi Cuba Rasuah Pihak Polis

Gejala rasuah atau duit kopi bukanlah perkara yang baru kita dengar. Ia adalah jenayah yang besar dan selalu terjadi dimana saja.

Viral di media sosial tentang foto yang menunjukan seorang lelaki telah bertindak memberikan rasuah kepada polis trafik yang sedang menjalankan tugas.

Individu yang dikenali sebagai Hishamuddin Ahmad Zaki telah berkongsi satu insiden dimana seorang warga Myanmar dilihat sedang cuba merasuah anggota polis trafik.

Warga Myanmar itu ditahan atas kesalahan jalan raya. Menurut sumber warga asing itu sudah ditegur supaya tidak memberi rasuah namun enggan ambil pusing dengan teguran tersebut dan dia telah ditahan dan diserahkan pada pihak SPRM.

Kejadian yang berlaku pada 13 November 2019 jam 11.50 pagi, Bahagian Siasatan & Penguatkuasa Trafik, IPD Kuala Kangsar ketika menjalankan Op Penguatkuasaan lalulintas di Jalan Daeng Selili, kuala Kangsar telah menahan sebuah motosikal jenis Yamaha LC warna merah. Kenderaan itu ditunggangi oleh lelaki warga Myanmar.

Setelah diperiksa ternyata lelaki warga asing itu tidak mempunyai lessen memandu sah dan dia dilihat sedaya upaya memberi duit kopi berjumlah RM50.00 kepada anggota polis trafik.

Dia yang dilihat meletakan note RM50.00 itu digengaman tangannya dengan harapan pihak polis trafik akan melepaskannya atas kesalahan jalan raya yang dilakukan olehnya itu.

Ternyata tindakan yang dilakukan oleh lelaki warga Mynamar itu telah menemui padah. Rata-rata warga net telah menyokong dan berterima kasih dengan polis trafik atas tindakan yang dilakukan.

Semestinya budaya memberi duit kopi dan rasuah haruslah dibantras kerana ia akan menjadi masalah besar kepada Negara. Syabas buat semua anggota polis trafik yang menjalankan tugas dengan penuh telus dan amanah tanpa rasuah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here